Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Public Health Malaysia Tegur Peniaga Guna Imej Pemasaran Berunsur Lucah, Anggap Rendahkan Martabat Wanita

Gempak
02/07/2024 00:54 MYT
Platform perkongsian tentang kesihatan, Public Health Malaysia menyelar tindakan segelintir peniaga atau pemilik bisnes yang menggunakan teknik pemasaran yang tidak beretika bagi menarik perhatian pengguna.

Menerusi perkongsian di platform X, akaun tersebut memberotahu yang trend penggunakan imej simbolik lucah dalam kalangan pemilik bisnes tempatan dianggap satu hal yang merisaukan - terutama apabila ia melibatkan produk untuk pelanggan wanita.

Imej lucah

“Pemasaran menakutkan wanita dengan dakwaan palsu adalah satu lagi taktik yang tidak beretika. Iklan-iklan mendakwa produk tertentu boleh mengelakkan masalah kesihatan atau kecantikan tanpa bukti saintifik kukuh boleh menyesatkan pengguna.

“Iklan menggambarkan wanita sebagai objek semata-mata atau menggunakan bahasa dan imej yang tidak sesuai boleh memberi kesan buruk kepada pandangan umum terhadap wanita.

“Ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, tetapi juga menanamkan dakwaan palsu yang boleh menakut-nakutkan mereka,” tulis kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Public Health Malaysia, imej-imej yang digunakan dalam iklan seperti itu boleh memberi kesan negatif kepada persepsi diri wanita.



“Mereka mungkin berasa tertekan untuk memenuhi standard yang tidak realistik yang dipaparkan dalam iklan.

“Sebagai contoh, pada 2021, satu jenama produk tuala wanita Libresse telah menarik semula iklan mereka selepas Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) mengeluarkan kenyataan yang mendesak Libresse Malaysia menarik balik dua kempen - "V-Kebaya" dan "Know Your V".

“Terkini, produk keluaran Nilofa Group tampil dengan pemasaran produk memalukan dengan pelbagai imej lucah dengan menunjukkan pelbagai objek seakan kemaluan wanita, menakut-nakutkan wanita dengan dakwaan palsu atau merendahkan martabat wanita dengan menggunakan pemasaran berunsur ugutan.

“Neelofa sebagai selebriti berpengaruh yang imej muslimah sewajarnya lebih sensitif dan prihatin mengenai isu ini dan mengambil langkah berhati hati dalam strategi pemasaran produk,” ujar kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN: IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - “Nasihat Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: “12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

Dalam masa sama, pihak Public Health Malaysia turut menggesa syarikat atau pemilik perniagaan menetapkan garis panduan pemasaran yang ketat untuk produk mereka.

“Untuk menghentikan amalan ini, syarikat perlu mengambil tanggungjawab dengan menetapkan garis panduan pemasaran yang ketat. Kandungan iklan perlu disemak dengan teliti untuk memastikan ia tidak merendahkan atau menghina mana-mana individu, terutamanya wanita.

“Pengguna juga perlu lebih bijak dan kritis dalam menilai dakwaan produk yang dipaparkan dalam iklan. Dengan usaha bersama, kita boleh mencipta persekitaran pemasaran yang lebih bertanggungjawab dan beretika,” tutup kenyataan itu.

Terdahulu, Neelofa dan Nilofagroup menerima kecaman yang teruk oleh wargamaya susulan penggunakan gambar atau imej berbaur lucah untuk mempromosikan produk mereka di Instagram.

Sumber: Platform X

#Public Health Malaysia #Nilofa Group #Imej pemasaran #Unsur Lucah
;