Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pucuk Muda Ajak Dating & Kahwin, Maria Farida Masih Setia Bersama Suami - “Apa Ditawarkan Tak Sama Apa Suami Berikan”

Umirah Halim
06/08/2024 21:55 MYT

Pelakon Datin Seri Maria Farida mendedahkan dia masih menerima gangguan nakal daripada lelaki muda yang mahu mendekatinya.

Terima gangguan lelaki miang

Meskipun sudah berumah tangga, aktres berusia 55 tahun itu mengakui dia sering menerima gangguan daripada ramai lelaki yang mahu mencuba nasib dan menjadi sasaran golongan lelaki miang seperti itu.

Bagaimanapun, dia tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.

"Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.

BERITA TRENDING: Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

BERITA TRENDING: Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan

“Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan. Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya ketika ditemui Gempak pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Fiziwoo, Jumaat lalu.

Tambah Maria lagi, dia tidak melayan segala usikan nakal seperti itu dan menganggap usikan itu hanya sekadar gurauan.

"Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu. Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu."

BERITA TRENDING: Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim

BERITA TRENDING: Sorakan & ‘Standing Ovation’ Tanda Sokongan

Sekadar info, Maria antara selebriti wanita yang sering menjadi perhatian netizen dek kerana raut wajahnya yang jelita dan tidak dimamah usia.

#Suami #Setia #Pucuk Muda #Farida #Maria #ajak kahwin
;