,
Berita

Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan S*ksual Kanak-Kanak… Polis Tangkap Semula Suspek Culik Albertine Leo

Gempak
04/08/2024
07:25 MYT
Polis membuat tangkapan semula terhadap suspek kes culik kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, pada Ahad.

Jumpa Alat Mainan Seks

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tangkapan semula itu dibuat bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
Menurut beliau, kesemua alatan itu ditemui di kediaman suspek di kawasan Kulai.
"Kita membuat tangkapan semula ke atas suspek lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan berhubung kejadian culik di kawasan Eco Galeria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu, pada hari ini.

"Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah," katanya menerusi satu kenyataan media, pada Ahad.

Menurut Kumar, suspek lelaki berusia 31 tahun itu dijangka dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman baharu.
Sebelum ini, tempoh sambungan reman suspek tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

"Polis menasihatkan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa supaya sentiasa memantau aktiviti, perkembangan emosi serta fizikal anak-anak supaya perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dikesan lebih awal dan penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Masyarakat perlu cakna terhadap tren jenayah masa kini dan menyampaikan kesedaran serta kebimbangan jenayah kepada anak-anak supaya mereka lebih berhati-hati dalam pergaulan terutama di media sosial," katanya.
Pada 23 Julai lalu, suspek ditahan bersama mangsa, kira-kira jam 4.45 pagi, 23 Julai lalu, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor.
Suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga 26 Julai lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Penculik Albertine Sambung Reman Enam Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Mewarna Anak Ayam Tidak Dikategori Sebagai Penganiayaan Haiwan" - DVS

gempak
13/09/2024
15:25 MYT
Tindakan mewarnakan anak ayam tidak termasuk dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan terhadap haiwan selagi warna serta kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan berkenaan.
Berita

Pelanggan Mula Menjauhi Premis Perniagaan GISBH

gempak
13/09/2024
13:25 MYT
Beberapa premis perniagaan yang bernaung di bawah Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di Perlis mulai terkesan dengan isu yang melanda syarikat itu.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Viral

Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

gempak
12/09/2024
10:45 MYT
Menurut Daryl, kejadian itu berjaya dirakam melalui kameta litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.