gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Punya Bekas Parut Yang Sama, Faisal Halim Tunaikan Impian Dawisy

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/01/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Punya Bekas Parut Yang Sama, Faisal Halim Tunaikan Impian Dawisy
Impian seorang remaja, Mohd Dawisy untuk berjumpa dengan bintang bola sepak, Faisal Halim akhirnya tercapai apabila dipertemukan dengan idolanya itu di Padang Mengkuang pada Rabu.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook milik, Zachki Ahmad Suri memaklumkan Dawisy yang mengalami melecur seluruh badan akibat renjatan ketika mengambil bola di dalam bilik janakuasa elektrik pada 2023 memasang niat untuk berjumpa dengan idolanya itu.
“Impian adik Mohd Dawisy untuk bertemu Faisal Halim akhirnya tercapai apabila beliau dipertemukan dengan idolanya di Padang Mengkuang Titi.
“Dawisy yang awalnya dimaklumkan oleh ibunya yang mereka akan ke majlis kenduri kahwin, kelihatan agak terkejut selepas Faisal sendiri yang bangun untuk menyambut ketibaan Dawisy.
“Sekali pandang, parut yang berada ditubuh Dawisy hampir sama dengan apa yang dialami oleh Faisal. “Semoga pertemuan ini, memberikan sedikit motivasi kepada Dawisy untuk memulakan persekolahan menengahnya nanti,” kata Zachki.
Pertemuan tersebut merupakan kejutan istimewa buat Dawisy.
Pada Oktober lalu, media melaporkan ibu kepada remaja tersebut, Suhana Samsudin memaklumkan Dawisy memasang hasrat untuk bertemu pemain bola sepak kegemarannya, Faisal.
Suhana berkata, ketika gambar Faisal atau Mickey yang menghadiri sidang media kali pertama selepas kejadian disimbah asid, Dawisy sering menganggap nasib yang menimpa mereka hampir sama.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Mohd Dawisy
#Parut Renjatan Elektrik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement