Industri perfileman Indonesia dipenuhi dengan barisan pelakon lelaki handalan yang datang dari pelbagai latar belakang.

Menjadi tunjang utama dan pelakon pembantu dalam memainkan watak masing-masing sekaligus telah melonjakkan nama mereka dalam persada seni.



Gempak kongsikan 10 Hero Filem Indonesia Yang Berbakat Besar :

1. Reza Rahadian Matulessy



Reza, 33, merupakan seorang pelakon Indonesia yang terkenal menerusi peranannya dalam Perempuan Berkalung Sorban.

Beliau berkecimpung dalam lakonan bermula dari zaman sekolah dan membuat kemunculan sulung menerusi filem pada tahun 2004.

Reza banyak memenangi beberapa anugerah terkemuka antaranya Pelakon Filem Terbaik, Pelakon Utama Terbaik, Pelakon Kegemaran, Selebriti Terbaik Tahun Ini, Pelakon Paling Menarik dan Pelakon Terbaik Tahunan.

2. Raffi Ahmad



Pemilik nama Raffi Faridz Ahmad, 33, adalah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Indonesia.

Walaupun wajahnya sering berada dalam drama televisyen, Raffi pernah terlibat dalam beberapa buah filem antaranya adalah Me Vs High Heels, Virgin 3 dan The Secret: Suster Ngesot Urban Legend.

Berada 21 tahun dalam industri seni membuahkan hasil selepas disenaraikan antara artis yang terkaya di Indonesia.

3. Fedi Nuril



Fedi, 38, memulakan kerjayanya sebagai model dan dikenali sebagai pelakon sejak membintangi filem Garasi pada tahun 2006.

Pernah menjadi bualan ramai orang selepas bercium dengan perempuan bukan muhrim, nama Fedi tidak terjejas selepas dapat berlakon dalam beberapa buah filem terkenal antaranya Tentang Cinta, Ayat-Ayat Cinta, Surga yang Tak Dirindukan, Surga yang Tak Dirindukan 2 dan Ayat-Ayat Cinta 2.

4. Nicholas Saputra



Kerjaya lakonan Nicholas, 36, bermula dengan membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta?

Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia pada tahun 2004 dan 2005.

Pada tahun 2017, Nicholas membintangi sebuah filem seram ngeri misteri Malaysia, Interchange bersama barisan pelakon hebat antaranya Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M. Nor.

5. Yayan Ruhian



Yayan, 52, ialah seorang artis seni bela diri dan pelakon lelaki Indonesia terkenal dengan membintangi filem arahan The Raid (2011), The Raid 2 (2014), Star Wars: The Force Awakens (2015) dan filem Malaysia, Wira (2019).

6. Randy Pangalila



Randy atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila, 30, merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia.

Sering menjadi kegilaan wanita, Randy pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Oh Baby, Saya Cinta, Bajingan, MalamJumat The Movie dan banyak lagi.

7. Rio Dewanto



Rio, 33, mula dikenali ramai selepas berlakon dalam filem Pintu Terlarang (2009) dan Ratu Kostmopolitan (2010).

Pada penghujung tahun 2011, Rio terlibat dengan sebuah produksi filem bersama aktor Hollywood iaitu Mickey Rourke, Kellan Lutz, Ario Bayu, Tio Pakusadewo, Atiqah Hasiholan dan banyak lagi.

Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) lakonan Rio bersama Sheila Dara Aisha dan Rachel Amanda akan mula ditayang di Astro First mulai 23 April ini.

8. Irwansyah



Nama Irwansyah tidak asing lagi di Indonesia. Penyanyi lagu Pencinta Wanita, Ku Tunggu Jandamu dan Tentang Perasaanku itu banyak melibatkan diri dalam perfileman.

Antaranya filem Heart bersama Nirina Zubir dan Acha Septriasa. Selain itu, suami kepada Zaskia Sungkar turut berlakon dalam Love is Cinta, Hospital The Movie dan Roh Fasik.

Terbaru, Irwansyah telah dituduh bersubahat menipu sejumlah wang miliknya bernilai 1.7 bilion rupiah (RM470,419) bersama rakan-rakannya.

9. Ardhito Pramono



Ardhito Rifqi Pramono yang akrab dipanggil Ardhito, 25, adalah seorang penyanyi dan penulis lagu.

Sejak kecil lagi, darah muzik sudah mengalir dalam diri Ardhito. Dia seorang penggemar muzik jazz dan lagu tahun 40an.

Mulai 23 April ini, filem pertama Ardhito iaitu Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) akan ditayangkan di Astro First.

10. Angga Yunanda



Angga atau nama sebenarnya Angga Aldi Yunanda , 20, merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi berasal dari Lombok, Indonesia. Angga mula dikenali selepas membintangi sinetron Malu Malu Kucing pada tahun 2015.

Nama Angga semakin melonjak naik setelah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Sajen, Tabu: Mengusik Gerbang Iblis, Melodylan, Sunyi dan Dua Garis Biru.

Apapun, jangan lupa menyaksikan keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra dalam NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April ini.

Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem romantis popular ‘Heart’, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Shiela Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan) dan ramai lagi.

Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku iaitu sutradara Angga Dwimas Sasongko.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha), Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Kamu buat aku tahu ertinya bahagia. Kamu, alasanku untuk berjuang.” – Narendra. Seberat manapun masalah yang menghampiri, Ajeng sentiasa bertahan untuk Narendra. Nantikan #NantiKitaCeritaTentangHariIni pada 23 April ini istimewa terus ke rumah anda di Astro First saluran 480 dan strim di On Demand Store! . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKTCHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on