"Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang
Amri Hassan
02/07/2024 23:55 MYT
02/07/2024 23:55 MYT
Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menempelak tindakan segelintir individu yang sewenang-wenangnya menganiaya dan mendera haiwan peliharaan.
Jelas Intan, selaku individu yang membela kucing dan kuda, dia turut bersimpati dengan nasib haiwan yang teraniaya sepertimana berita yang tular sejak semalam.
"Pleaselah, kepada sesiapa yang bela kucing ke anjing ke, or apa-apa binatang sekali pun, janganlah dera.
Kalau tak nak, cari orang lain yang boleh adopt. Sedihlah gini. Binatang ni semua tak ada buat salah apa pun. Jagalah mereka baik-baik. Please handle them with love and care," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Susulan daripada berita terbabit, Intan turut berterima kasih kepada individu yang telah berjaya menyelamatkan anjing baka Husky yang didakwa didera oleh seorang lelaki, difahamkan pemilik kepada haiwan peliharaan itu.
"You sayang mereka, mereka sayang you 10 kali ganda. I ada kucing kat rumah, ada kuda, sayang sangat-sangat. Punyalah jaga macam anak. Nak jentik pun tak sampai hati. Apatah lagi sakitkan dan dera mereka. Haih.
"Baru nampak berita ini, terima kasih kepada individu yang menyelamatkan anjing ini. May God bless you all and protect the husky at all costs," tambahnya.
Jelas Intan, selaku individu yang membela kucing dan kuda, dia turut bersimpati dengan nasib haiwan yang teraniaya sepertimana berita yang tular sejak semalam.
"Pleaselah, kepada sesiapa yang bela kucing ke anjing ke, or apa-apa binatang sekali pun, janganlah dera.
Kalau tak nak, cari orang lain yang boleh adopt. Sedihlah gini. Binatang ni semua tak ada buat salah apa pun. Jagalah mereka baik-baik. Please handle them with love and care," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
BERITA TRENDING: Wanita Berjaya Selamatkan Anjing Kena 'Tinju', Namakan Kitster - "Buat Masa Sekarang Biarlah Ia Berehat"
Terdahulu, tular sepotong video memaparkan aksi seorang lelaki yang difahamkan sedang melibas, memukul dan ditampar tanpa belas ihsan.Susulan daripada berita terbabit, Intan turut berterima kasih kepada individu yang telah berjaya menyelamatkan anjing baka Husky yang didakwa didera oleh seorang lelaki, difahamkan pemilik kepada haiwan peliharaan itu.