Putera bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tunku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, disahkan mangkat kira-kira jam 11.55 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Setiausaha Kerjaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk urusan pemakaman pada hari ini.

Katanya, pemakaman Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin akan diadakan secara tertutup melibatkan kehadiran kerabat terdekat sahaja.

Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984, dan merupakan putera ke tiga.

Baginda merupakan adinda kepada Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin.

Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin mangkat pada usia 32 tahun.

Sumber: Sinar Harian