Laman Utama

Putera Harry Tuduh William Hina Meghan Markle, Pukul Dirinya

gempak
Maliah Surip
06/01/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Putera Harry Tuduh William Hina Meghan Markle, Pukul Dirinya
Sebuah kejutan datang lagi dari Putera Harry. Selepas mengaku ingin mendapatkan semula hati ayah dan abangnya, Putera William, namun hal lain yang terjadi.
Harry mendakwa dirinya telah dipukul William yang merupakan pewaris takhta kerajaan Britain sewaktu mereka membahaskan tentang hubungannya dengan isteri, Meghan Markle.
Dakwaan itu dimuatkan dalam memoir terbaharu miliknya, Spare dan The Guardian mengatakan telah melihat salinan awal mengenai insiden tersebut.
Menurut laporan, Harry yang juga memegang status Duke Of Sussex mendakwa insiden tersebut berlaku pada tahun 2019 di bahagian dapur kediamannya.
Waktu itu William juga didakwa memanggil Meghan sebagai seorang yang sukar, biadab dan kaki kikis.
Mereka kemudian bergaduh dengan William dikatakan menolak Harry ke lantai.
“William menarik leher baju, mencekik dan menolak saya jatuh ke lantai,” demikian dakwaan tersebut berbunyi seperti dilaporkan akhbar terkenal itu.
Dalam buku tersebut juga menyatakan Harry cuba menenangkan keadaan, namun kejadian berlaku terlalu pantas.
“Saya menawarkan air kepadanya untuk menenangkan keadaan, namun tiba tiba insiden (pukul) terjadi. Ia berlaku dengan sangat cepat,” ujar Harry.
Namun William dicatatkan telah meminta maaf kepada Harry selepas insiden tersebut berlaku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024