Isteri Putera William, Catherine telah selamat melahirkan anak ketiga mereka sekitar jam 11.01 pagi waktu tempatan semalam.

Satu kenyataan daripada Istana Kensington memaklumkan bahawa Duchess of Cambridge atau lebih mesra dalam kalangan umum dengan nama Kate Middleton itu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary.

Menurut Istana, Kate dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan Putera William berada di sisi mereka ketika detik kelahiran.

Kelahiran bayi ketiga pasangan diraja itu juga sangat dinantikan warga Britain sehingga ada yang fanatik dan sanggup sanggup bermalam di pekarangan Hospital Saint Mary’s di London selama 13 hari tanpa jemu.

Bayi itu nanti akan berada di tempat kelima dalam senarai perwarisan takhta diraja Britain, di belakang datuknya Putera Charles, bapanya Putera William, serta abang dan kakaknya Putera George dan Puteri Charlotte.

Ini sekali gus meletakkan bapa saudaranya Putera Harry di tempat keenam.

Biarpun jantinanya belum diketahui, namun beberapa nama diramal akan dipilih pasangan diraja itu untuk bayi mereka, antaranya Alice, Mary, Arthur dan Philip.

Sumber: Astro Awani, AFP
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: Carian Google