Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa suaminya telah melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.
Menurut laporan BH Online, Nur Shahira Ayu atau Ayu, menjelaskan, dia tidak mengetahui tujuan Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua, sedangkan tiada apa-apa ikatan lagi antara antara dirinya dengan lelaki berkenaan.
"Radhi sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 25 Mac lalu. Malah, lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat.
"Jujurnya, saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama saya dan dirinya. Malah, ada juga yang keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar berkenaan.
"Kami juga sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Begitupun, biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi," katanya.
Ayu yang kini tinggal di kediaman ibu bapanya di Kota Damansara bersama-sama anak mereka, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3, juga mendakwa, dia tekad untuk tidak lagi meneruskan perkahwinan berkenaan.
Radhi, 41, dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sebelum ini, penyanyi itu berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, yang kini berusia 14 tahun.
Rozaimi Zubaidi
Wed Jun 19 2019
ERA Sabah & Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan
Tawaran hebat Astro Fibre Bundle untuk pelanggan di Sabah
Muat Naik Video Promosi Bersama Jenama Pro-Israel, Zus Coffee Mohon Maaf
Syarikat Zus Coffee berdepan dengan kritikan setelah mengeluarkan hantaran video promosi bersama jenama pro-Israel.
Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Langgar Atlet Kayak Kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu.
Blockout 2024: “Cukuplah, Kita Pula Jangan ‘Berperang’, Spread Love Not Hate” - Nourul Depp
Penyanyi, Nourul Depp memohon orang ramai supaya tidak menilai atau menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana isu-isu tertentu.
Kutuk Laksa Sarawak Berbau, Wanita Teruk Dihencap Netizen - “Dah Tua-Tua Buruk Perangai”
Seorang wanita dikritik netizen apabila dirinya mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif tentang satu hidangan yang berasal dari negeri Sarawak. Menerusi hantaran wanita itu, dirinya memberi komen negatif tentang laksa Sarawak di mana dia menyifatkan makanan tersebut sebagai berbau dan tidak menyelerakan.
Pesawat Garuda Indonesia Lakukan Pendaratan Cemas Selepas Enjin Terbakar
Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu (15 Mei) akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia, dalam insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau ini.
Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”
Susulan isu gerakan Blockout 2024, penyanyi Wani Kayrie menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata dalam memberikan sebarang komen.
Kereta Kemalangan Langgar Minyak Atas Jalan, Netizen Salahkan Geng Towing - “Modus Operandi Dah Boleh Baca”
“Malang tidak berbau,” itulah pepatah sesuai digambarkan dalam nasib seorang pengguna jalan raya apabila dirinya terpalit dalam satu kemalangan disebabkan perbuatan keji pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi rakaman papan pemuka (dashboard) kereta yang dimuat naik ke media sosial, difahamkan kenderaan pengguna jalan raya itu hilang kawalan selep
“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.
Haram, Berdosa Tunai Haji Tanpa Visa Haji
Tindakan Rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.