,
Laman Utama

Rai Hari Jadi Ke-45, Fazley Yaakob Dilantik Duta Klinik Kesihatan Seksual & Reproduktif Lelaki! - "Biarpun Tabu, Ini Peluang Saya Untuk..."

Amri Hassan
27/04/2023
08:53 MYT
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya ke-45, cef selebriti, penyanyi, pelakon dan pengacara, Datuk Fazley Yaakob dilantik sebagai duta kepada dua jenama kesihatan berprestij, He Medical Clinic dan Boren Healthcare Group.
Bagi Fazley, pelantikan itu adalah hadiah bermakna untuknya terutama sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa mementingkan kesihatan dalam menjalani kehidupan harian.
“Kesihatan lelaki sebagai isu serius yang memerlukan perhatian profesional dan perubatan. Biarpun mungkin tabu dan tidak ramai yang sanggup berkongsi masalah. Mereka mungkin rasa tidak selama dan bimbang.
“Tetapi di He Medical Clinic, keselamatan, privasi, dan rahsia terjaga dalam rawatan pesakit mereka. Mereka berusaha mencari penyelesaian yang disesuaikan untuk setiap pesakit, memberikan perasaan kasih sayang dan perhatian terhadap kesihatan dan kecergasan mereka.
“Pelantikan sebagai duta untuk setahun ini juga memberi peluang kepada saya dan He Medical Clinic meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan lelaki kepada orang awam,” ujarnya.
Rawat masalah seksual lelaki Ditubuhkan pada tahun 2021, He Medical Clinic adalah klinik am dengan tumpuan khas kepada kesihatan dan kecergasan lelaki. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan kaedah lengkap dan holistik untuk merawat masalah seksual lelaki seperti disfungsi erektil, pancutan pramatang, tahap testosterone.
Dengan kerjasama bersama duta, Fazley, He Medical Clinic berharap dapat menjadi pusat kesihatan lelaki pertama dan nombor satu di Malaysia. Dengan membangkitkan kesedaran bersama Fazley, diharapkan lebih banyak lelaki akan merasa selamat untuk mendapatkan bantuan profesional bagi masalah dan kesejahteraan mereka.
Perlantikan Fazley Yaakob sebagai duta jenama pada usia 45 tahun adalah penting untuk dicatat kerana beliau merupakan perwakilan lelaki yang sihat dan bertenaga pada usianya, menjadi contoh teladan untuk semua lelaki dalam kumpulan umurnya.
Duta rangkaian kesihatan Sementara itu, Fazley yang juga dilantik sebagai duta kepada Boren Healthcare Group turut mahu berkongsi kepentingan kesihatan dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan dengan gaya hidup sihat.
Pelantikan sebagai duta kepada jenama rangkaian kesihatan ini juga memberi peluang kepada selebriti versatil ini untuk menyuntik semangat masyarakat di luar sana untuk menjaga kesihatan bersamanya.
“Saya banyak berkongsi aktiviti dan rutin gaya hidup sihat yang boleh juga diamalkan oleh peminat di luar sana. Di usia 45 tahun, aktiviti senaman dan sukan pilihan adalah antara gaya penjagaan kesihatan yang baik.
“Malah, pemakanan dan pemeriksaan awal kesihatan juga memainkan peranan penting,” katanya.
Ditubuhkan pada 2017, Boren Healthcare Group meletakkan visi untuk mewujudkan eko sistem penjagaan kesihatan ulung di Malaysia.
Dibarisi pengamal perubatan, doktor dan pakar kesihatan dari pelbagai bidang perubatan, Boren Healthcare Group juga mahu mencipta pelan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan untuk meningkatkan kehidupan yang berkualiti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ruhainies - “May He Grant You Blessings For Every Good You Have Done”

gempak
27/07/2024
11:09 MYT
Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz mengucapkan selamat hari lahir yang ke-32 untuk dramatis Ruhainies.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.