Berita

Raikan Hari Kopi WONDA Antarabangsa dengan 'Aku Dan Kopi'

gempak
Rozaimi Zubaidi
28/08/2017
06:52 MYT
Sponsor Banner
Raikan Hari Kopi WONDA Antarabangsa dengan 'Aku Dan Kopi'
Sempena Hari Kopi WONDA Antarabangsa, WONDA Coffee mempersembahkan sebuah lagu tema baru bertajuk ‘Aku Dan Kopi’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah.
Lagu kumpulan Khalifah itu sangat menarik untuk didengar kerana liriknya yang lain dari yang lain. Kolaborasi yang julung kalinya di antara Khalifah dan WONDA coffee, menceritakan tentang dimana kehebatan WONDA coffee secara tidak langsung dapat menceriakan seseorang itu dalam menjalani kehidupan seharian.
Khalifah yang tampil ceria semasa ditemuramah di THR Gegar, menyatakan rasa terharu dan teruja apabila diberi penghormatan bagi menggarap dan menyampaikan lagu WONDA coffee ini. Sebagai penggemar tegar kopi WONDA, Khalifah tidak menyangka yang mereka dapat bekerjasama dengan Wonda coffee.
Menurut Harry, pencipta lagu ‘Aku dan Kopi’ ini, idea lagu tersebut sebenarnya adalah dari jinggle Wonda Coffee itu sendiri dan mereka dipertanggungjawabkan untuk memberi nafas baru terhadap lagu tersebut. Semestinya, bagi mencari kelainan, mereka bersetuju menggalas tanggungjawab ini.
Istimewa sempena Hari Kopi WONDA Antarabangsa, pada hari ini, kopi WONDA memperkenalkan WONDA 100% Arabica edisi terhad dalam 3 tiga jenis rasa kopi yang berbeza daripada bijian kopi Colombia, Brazil dan Indonesia.
Anda boleh dapatkan kopi eksklusif WONDA anda di:
1)Kopi WONDA 100% Arabica, Mandheling Indonesia: Eksklusif di Kedai Mesra PETRONAS
2)Kopi WONDA 100% Arabica, Brazil: Eksklusif di 7 Eleven
3)Kopi WONDA 100% Arabica, Colombia: Eksklusif di Shell Select terpilih
Sempena menyambut Hari Kopi WONDA Antarabangsa, dengarnya banyak kejutan istimewa yang menanti dan juga promosi-promosi hebat yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Kopi Wonda Antarabangsa 2017 jangan lupa untuk melayari Facebook Wonda Coffee Malaysia dan Wonda Gegar fm.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024