Hiburan
Raja Azrey Terkejut Iklan Raya Egois Arahannya Viral Di Media Sosial - "Tak Pernah Saya Sangka..."
Pelakon dan pengarah iklan raya Egois, Raja Azrey terkejut dan tidak menyangka karyanya tular di media sosial dan mendapat jumlah tontonan luar biasa daripada warganet.
BERITA TRENDING: Dana RM1.5 Juta Untuk Akademi Raja Azrey! - "Peserta Dapat Teori & Praktikal Lakonan"
Jelas Raja Azrey, biarpun dia lebih dikenali sebagai pelakon, sambutan luar biasa yang diterimanya kali ini membakar semangatnya untuk terus aktif di belakang tabir."Orang lebih kenal saya sebagai pelakon, biarpun sudah banyak karya yang saya arahkan terutama iklan raya seperti Egois ini, tidak pernah menyangka sama sekali karya saya kali ini menarik perhatian ramai.
"Memang terkejut dan bersyukur sangat, selepas beberapa hari tayang di YouTube, ia sudah mencecah ratusan ribu tontonan.
"Kita juga mendapat maklum balas yang baik untuk karya ini dan paling penting mesej yang ingin disampaikan menerusi karya ini diterima ramai," katanya yang juga aktif membangunkan Raja Azrey Academy.
PILIHAN PEMBACA: Harap Teater Kontena 404 Tak Ada 'Gangguan' - Raja Azrey
Iklan raya berdurasi 21 minit itu diterbitkan khas untuk Arora Skincare. Egois dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Puspa Gomen dan Danish Hazriq.Selain Egois, Raja Azrey turut mengarahkan dua lagi iklan raya terbitan Kinohimitsu dan butik pakaian Msberipink Closet.
Sasaran Raja Azrey untuk karya arahannya lebih dikenali dan berjaya menembusi pasaran mainstream.
"Saya seronok dan bersyukur bekerja di belakang tabir, terutama apabila mesej yang nak disampaikan itu diterima baik.
"Sedikit sebanyak ia dapat memberi peluang untuk saya terus berkarya lagi. Namun, mengarahkan drama mainstream impian saya yang masih saya idam-idamkan," tambahnya yang mula berjinak dengan bidang pengarahan sejak tahun 2009 lagi.
Must-Watch Video