Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat esok, lapor Astro AWANI.

Perkara ini disahkan kepada Astro AWANI oleh sumber dalaman Istana Selangor.

Media turut difahamkan antara inti pati mesyuarat esok ialah berhubung situasi politik terkini di negara ini.

Ia termasuklah kemungkinan yang sedang dalam pertimbangan Raja-raja Melayu terutama sekali Yang di-Pertuan Agong, antaranya termasuk meneruskan kerajaan baharu, serta pembubaran Dewan Rakyat.

Sumber: Astro AWANI