Laman Utama
Ramadan Pertama Edi; Semua Karakter Memang Tak Boleh Ajak Bincang Berdekaknya!
Bagi siapa yang sudah menonton episod pertama Ramadan Pertama Edi minggu lalu, mesti korang sudah familiar dengan watak atau karakter utamanya.
Ada bapa mertua yang garang tak garang, Pak Sobri. Ada Edi, menantu yang serba canggung bila kena berpuasa pertama kali di rumah mentua.
Ada karakter Naemah, si kakak ipar yang kalut dan penuh misteri dan Nad, si isteri yang hamil dan nak sangat si suaminya Edi berjaya berpuasa dengan keluarganya.
Dalam karakter yang diilhamkan ini, dari Pak Sobri sampai Edi, Nad dan Naemah, semuanya punya perangai masing masing yang 'tak boleh bawa bincang' dan berdekak.
Kemudian bila semua perangai ini bersama di bawah satu bumbung, memang kecoh gila dengan ragam mereka.
Agak agak korang, untuk episod akan datang nanti, ada tak resipi aneh aneh dari Naemah lagi menjelang puasa dan bulan Ramadan nanti atau apa pula Pak Sobri nak buat dengan menantunya si Edi yang tak tahu nak bawa diri macam mana tu?
Dan dalam empat karakter utama yang diperkenalkan pada episod pertama, mana satu jadi karakter kegemaran korang?
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya? Nantikan..
Must-Watch Video