Selebriti terkenal Neelofa menjelaskan pakej umrah yang mencecah RM35,000 untuk seorang jemaah merangkumi hotel mewah di Makkah dan Madinah.

Neelofa berkata hotel yang dipilih agensi Omrah Travel iaitu InterContinental Dar al Tawhid Makkah dan The Oberoi Madinah mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik.

Hotel Mewah Di Makkah & Madinah

“Bila saya kongsi poster itu ramai yang kata mahal tapi saya tak salahkan mereka sebab mungkin mereka tak familiar dengan hotel Dar al Tawhid Makkah dan The Oberoi Madinah.

“Saya dah pergi ke hotel itu beberapa kali dan saya rasa mudah dengan jarak sangat dekat selain service yang baik. Untuk kita jelaskan satu-persatu kepada orang yang pertikaikan harga ni susahlah kan.

“Melainkan dia betul-betul rasai pengalaman itu. Sebenarnya kalau nak dapat harga untuk kedua hotel itu secara sendiri, mungkin lebih RM15,000.

“Bertuah sungguh sebab kita pergi dengan group, ada special price, booked banyak bilik, itu yang harga potong banyak,” kata Neelofa kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ahad.

Chief Marketing Officer, Omrah Travel iaitu Datin Saiyidah Othman turut memberitahu pakej itu juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang digunakan orang-orang kenamaan (VVIP) sahaja.

Perkhidmatan pengangkutan VVIP



“Kebanyakkan jemaah kami mengambil pakej VVIP, jadi kami buat kursus umrah secara privasi di rumah. Kita hantar dua orang mutawwif untuk mereka.

“Kenapa saya cakap sangat berbaloi, tak ada lagi travel lain yang berani jual pakej yang ada service yang selalunya orang-orang kenamaan dan orang besar negara saja meggunakannya.

“Tapi kali ini, Omrah Travel berjaya sebab ada hubungan baik dengan beberapa orang besar yang boleh menguruskan service itu. Alhamdulillah, ada harga yang tidak terlalu tinggi.

“Service itu adalah you sampai, turun saja ada kereta menunggu di sebelah kapal terbang. Ini service Neelofa dan keluarga selalu guna. Kali ni, Neelofa nak semua orang rasa nikmat itu.

“Kenderaan itu akan bawa jemaah ke lounge VIP yang sangat selesa dan pihak imigresen yang akan datang untuk uruskan passport,” ujarnya.

Selain mereka berdua, sidang media itu turut disertai oleh suami kepada Neelofa, Haris Ismail, Executive Chairman, Omrah Travel, Dato Ahmad Tajuddin Idris dan Mutawwif khas, Sheikh Mahmoud Al-Wosabi.

Neelofa dan suaminya serta anak mereka, Muhammad Bilal bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama jemaah yang mengikuti agensi Omrah Travel pada Rabu ini selama 12 hari.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.