Lakonan pelakon, Amir Ahnaf menerusi drama premium, Project: High Council sebelum ini meraih pujian ramai.


Kahar hanya watak


Tidak hanya kerana keberkesanan lakonannya tetapi juga karakter Kahar itu sendiri membuatkan ramai yang menyukai watak itu dari pelbagai latar.

Bagaimanapun kata Amir, walaupun karakter Kahar terkenal dengan sikap ‘bad boy’, garang dan perangai yang bersahaja namun dia menegaskan watak itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Itu hanyalah lakonan semata-mata, jadi bila ada adik-adik jumpa saya dan tanya tentang Kahar, saya harus menunjukkan diri yang sebenar.

“Bila mereka kata mereka adalah Kahar, saya cakap dengan mereka dan jelaskan seolah-olah ibarat menjadi abang kepada mereka,” katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui di sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council bertempat di Lumi Tropicana, Petaling Jaya pada Selasa.


Ambil pengajaran kisah Kahar


Dalam pada itu, Amir berkata watak tersebut tidak terhad kepada karakternya sahaja sebaliknya ada pengajaran yang boleh diambil dari kisah Kahar itu sendiri.

“Sebagai pelakon, kita diberi tanggungjawab untuk mengerakkan watak itu sebaik mungkin.

“Dalam masa yang sama sebenarnya kita juga ingin menyampaikan mesej positif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran, ujarnya

BERITA TRENDING: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

BERITA TRENDING: Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

BERITA TRENDING: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

BERITA TRENDING: [FOTO] High Council Cipta Fenomena, Sesi Finale Viewing Party Meriah! Dah Macam Meet & Greet Artis Korea

BERITA TRENDING: Sambut Baik Kehadiran Mierul Aiman & Amir Ahnaf Dalam Industri, Aedy Ashraf Akui Tak Tergugat

Dalam perkembangan lain, Amir akan muncul dalam filem terbaharu berjudul Kahar Kapla High Council.

Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.

Kahar Kapla High Council yang diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.