Seperti yang ramai sudah tahu, program All Together Now Malaysia (ATNMY) bakal menemui penonton bermula 6 Jun ini.

Selasa lalu, kesemua 49 juri telah didedahkan dan mereka ini akan bergandingan bersama kapten mereka, Datuk AC Mizal.

Dua hari lalu, akaun rasmi Instagram Gempak (@astrogempak) telah berkongsi muzik video rasmi ATNMY.

Ternyata ruangan komen dipenuhi dengan keterujaan peminat-peminat setiap selebriti terlibat dalam senarai 50 orang juri program ini.

Antara yang paling banyak meninggalkan komen adalah peminat personaliti media sosial, Azfar Heri.

Selain itu, tidak kurang juga para peminat Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul, Siti Nordiana dan ramai lagi yang turut tidak sabar menyaksikan seleberiti kesayangan mereka dalam program ini.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Apa yang pasti, ATNMY pastinya menjanjikan kelainan kerana format pertandingan yang akan ditampilkan sememangnya tidak pernah dilakukan dalam mana-mana program di negara kita sebelum ini.

Jangan lupa saksikan ATNMY mulai 6 Jun ini, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.