Skip to main content

Selebriti

Piala ASEAN FIFA 2026: Penantian 12 Tahun Berakhir, Malaysia Berjaya Tumbangkan Vietnam

Piala ASEAN FIFA 2026: Penantian 12 Tahun Berakhir, Malaysia Berjaya Tumbangkan Vietnam

Sekilas

  • Malaysia berjaya menamatkan kemarau 12 tahun menewaskan Vietnam dengan kemenangan 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026.
  • Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Fergus Tierney pada minit ke-62 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
  • Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kempen dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan dan kekuatan benteng pertahanan yang kukuh.
Advertisement

Penantian selama 12 tahun akhirnya berakhir. Malaysia berjaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam selepas menewaskan pasukan itu 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026, sekali gus melakar kemenangan pertama ke atas lawan dari Asia Tenggara itu sejak 2014.

Bertemu Vietnam dalam aksi sengit, Harimau Malaya terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk memecahkan kebuntuan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Advertisement

Malaysia tampil dengan keyakinan tinggi selepas melalui kempen peringkat kumpulan tanpa kalah, bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh, seri 0-0 dengan tuan rumah Indonesia sebelum membelasah Singapura 6-0.

Sembilan gol dijaringkan Malaysia dalam tiga aksi kumpulan, dengan Bergson da Silva muncul antara watak utama selepas meledak empat gol termasuk hatrik ketika menewaskan Singapura.

Namun, ketika Bergson, Arif Aiman dan Hidalgo menjadi nadi serangan sepanjang kempen, kali ini giliran Fergus Tierney mencuri tumpuan.

Advertisement

Memasuki minit ke-62, Tierney memecahkan kebuntuan apabila berjaya meledak gol yang mengubah kedudukan kepada 1-0.

Vietnam kemudian meningkatkan tekanan untuk mencari gol penyamaan, tetapi benteng Malaysia kekal kental dengan Syihan Hazmi tampil sebagai penyelamat penting di gawang Harimau Malaya.

Beberapa percubaan Vietnam berjaya dinafikan penjaga gol negara itu, memastikan kelebihan tipis Malaysia kekal sehingga tamat permainan.

Wisel penamat akhirnya mengesahkan kemenangan 1-0 buat Harimau Malaya-kemenangan yang cukup bermakna selepas 12 tahun menunggu.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada 2014 ketika Dollah Salleh membimbing Harimau Malaya mencipta kejutan di Stadium My Dinh, Hanoi.

Ketika itu, Malaysia menewaskan tuan rumah 4-2 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF, yang kini dikenali sebagai Kejohanan ASEAN, untuk mara dengan kemenangan agregat 5-4.

Kini, selepas lebih sedekad, sejarah itu kembali tercipta.

Kemenangan ke atas Vietnam bukan sahaja menamatkan kemarau 12 tahun, malah mengukuhkan momentum Harimau Malaya yang sedang melalui kempen positif di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Selepas persembahan meyakinkan di peringkat kumpulan dan kemenangan penting ke atas Vietnam, Harimau Malaya menutup kempen FIFA ASEAN Cup 2026 dengan satu lagi sebab untuk percaya bahawa mereka sedang bergerak ke arah yang lebih baik.

Sumber: Awani menerusi Astro Arena

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

Must Watch Video

Advertisement