Aktivis, Abdul Rani Kulop dikecam warganet selepas memuat naik status seolah-olah sedang memerli individu lain.

Hantaran Abdul Rani di laman sosial Facebooknya menulis tentang kaum lelaki yang mudah mencari pengganti selepas kematian isteri bebanding wanita.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Abdul Rani meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan tersebut dan mengaitkannya dengan pelawak, Shuib.

“Kutuk, perli Shuib ke tu Abdul?”, tulis seorang warganet.

“Ayah pun sama jugak…Bini belum mati dah tambah lagi satu, tak padan dengan…!”, komen yang lain pula.

“Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri…Setepek kena dengan netizen, jangan main-main Yah…” kata seorang lagi pengguna laman sosial tersebut.

Ada juga komen yang meminta Abdul Rani supaya tidak mencampuri urusan orang lain kerana berkahwin lain selepas kematian isteri atau suami adalah fitrah manusia.

“Bila orang bodoh berborak jadilah macam admin page ni. Ko tak tahu apa yang dilalui untuk membesarkan anak tanpa kasih sayang seorang ibu dan macam mana emosi anak yatim. Islam tak larang pasangan kahwin lain kalau cerai mati,” tegur seorang warganet.



Tidak berakhir di situ, Abdul Rani turut memuat naik sebuah lagi hantaran yang mencetus kemarahann netizen.

“Duda yang nak kahwin ayah yang panas!”

“Kali ni saya nampak sangat keikhlasan ayah mengata diri sendiri. Nijam susah nak cari jantan macam ayah. Muka macam kertas komot ye yah.”

“Pagi-pagi dah cari pasal…”