Pasukan bola sepak Indonesia berjaya lolos ke Pusingan ke 3 Piala Dunia sekaligus menempah slot ke Piala Asia 2027 apabila menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.

Timnas Garuda berjaya menundukkan Filipina 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk Pusingan ke 2 Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di Stadium Gelora Bung Karno.

BERITA TRENDING: Piala Asia 2023: Semangat Tak Putus Asa! Harimau Malaya Pamer Aksi Menarik Menentang Korea, Dapat Pujian FIFA

BERITA TRENDING: [VIDEO] Insiden Pegawai Pasukan Lempar Kucing, Doa Peminat Mahu Brazil Kalah Di Piala Dunia Makbul; “Padan Muka, Kena Badi…”


Jaringan menerusi Thom Haye pada minit ke 32 dan Rizky Ridho minit ke 56 berjaya mengesahkan tiket ke pusingan Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke 3, dan seterusnya slot secara merit ke Piala Asia 2027.

Kemenangan itu menyaksikan mereka memperoleh mata tambahan ranking FIFA sebanyak +11.73, sekaligus memperoleh mata keseluruhan 1108.73 untuk naik ke kedudukan 133 dunia.

Ini menyaksikan mereka berjaya memintas kedudukan Kepulauan Faroe, Rwanda, dan Malaysia.

Manakala bagi pasukan Harimau Malaya, kemenangan 3-1 ke atas Chinese Taipei menyaksikan peningkatan 2 anak tangga setelah memperoleh tambahan mata sebanyak +10.23 di mana menjadikan mata keseluruhan 1107.58 untuk menghuni tangga ke 134 dunia.

Sumber: Stadium Astro

BERITA TRENDING: Here’s the Easiest Way To Watch the FIFA World Cup Qatar 2022 Sooka With Maxis for Free Every Day

BERITA TRENDING: [VIDEO] Komposer Kontroversi Namewee ‘Wakil’ Malaysia Di FIFA World Cup Qatar 2022, Ya Gamila Dipuji Peminat Seluruh Dunia