Skip to main content

Berita Tempatan

“Rasa Macam Mimpi!”- Raqib Umum Tasha Manshahar Hamil

tashamanshaharmengandungg.jpg
Selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengumumkan isterinya Tasha Manshahar kini hamil.

Raqib mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya.

Penyanyi nasyid itu juga memberitahu  ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.

“SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi,” tulisnya

Raqib turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta pengikutnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Must-Watch Video

Advertisement