Pelakon Mona Allen diberi tanggungjawab untuk menggalas watak Shima iaitu seorang wanita penggoda.

Tidak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya, lihat sahaja bagaimana berkesannya Mona menjiwai watak tersebut sehingga membuatkan penonton geram.

Bah kan babak leher Mona dijerut di bahagian leher menggunakan tali tebal juga mendapat perhatian baru-baru ini.

Mungkin kepada yang belum menonton pasti tertanya-tanya apa yang best sangat Tarantula X ini kan?

Nah! Mona bagi lima sebab kenapa anda harus menonton Tarantula X.

1. Sebab pertama tak perlu keluar menonton wayang, anda boleh menonton dengan keluarga anda di rumah

2. Sebab pelakon-pelakon yang sangat-sangat hebat, lagend-lagend ada dekat dalam satu naskhah ni.

3. Terbitan Kuasatek Pictures sebab mereka mengeluarkan cerita yang sangat-sangat menarik.

4. Memang jalan cerita dia anda akan terkejut, plot twist yang sangat menarik dan anda tak akan sangka.

5. Sebab ramai artis-artis yang terlibat.

Saksikan Tarantula X di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim menerusi Astro Go dan On Demand.