Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan wargamaya apabila menunjukkan kepakaran Tuanku dalam menjahit baju tidur.

Menerusi laman sosial Instagram, Tuanku berkongsi tiga keping foto pola-pola baju tidur yang perlu dijahit untuk tatapan umum.

“Bercita-cita haha.. entah jadi tak baju tidur ni esok. Rasanya kena panggil @rizalman71 untuk tunjuk ajar. Bismillah banyak-banyak la esok nanti,” tulis Tuanku menerusi ruangan kapsyen.

ambitious ... hahaha ... entah jadi tak baju tidur ni esok ..... rasanya kena panggil @rizalman71 utk tunjuk ajar ..... bismillah banyak2 lah esok nanti !!

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tengkuampuanpahang) on

Menerusi perkongsian itu lagi, Tuanku menunjukkan pola-pola bahagian baju yang telah tersedia dan tinggal untuk dijahit mengikut ukuran yang telah disediakan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya yang teruja melihat Tuanku mempunyai pelbagai kemahiran seperti memasak dan menjahit.

Malah, ramai yang turut mendoakan urusan menjahit Tuanku dipermudahkan.

“Insyallah, jadi tu Tuanku. Tuanku dah cukup berbakat dah, tak perlu panggil Datuk Rizalman pun, ampun Tuanku,” puji seorang wargamaya.

“Insyallah boleh tu, senang ke tu. Tinggal jahit je,” kata seorang wargamaya.

“Kami yakin mesti Tuanku boleh buat,” komen seorang wargamaya.

“Cemburunya saya dengan Tuanku, seorang yang serba boleh,” ujar seorang wargamaya.

“Insyallah menjadi tu, tangan Tuanku bak kata nenek saya, pegang tepung jadi kek, jadi pegang kain insyallah jadi baju,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 10,000 tanda suka daripada warga Instagram.