Seorang wanita ditahan di lapangan terbang di Bogota, Colombia selepas didapati menyeludup katak-katak beracun yang jarang ditemui di dunia.

Wanita tersebut dilaporkan membawa sebanyak 130 ekor amfibia yang ditafsirkan pihak polis mencecah nilai RM4,700 seekor di pasaran.

Ratusan katak tersebut ditemui dalam keadaan stress dan kekurangan zat selepas disimpan dalam bekas-bekas kecil yang ada dalam beg wanita tersebut, dakwa pihak berkuasa seperti dilaporkan BBC.

Sewaktu ditahan wanita yang berasal daripada Brazil tersebut mahu ke Sao Paulo melalui Panama.

Dia mendakwa ratusan katak beracun tersebut diberikan kepadanya oleh komuniti lokal di Colombia Selatan sebagai hadiah.

Katak kecil yang bersaiz kurang daripada ibu jari manusia itu dikenali sebagai Katak Harlequin dan katak panah beracun Oophaga histrionica).

Ia merupakan spesis katak yang terancam pupus di dunia. Perbuatannya menyeludup katak beracun tersebut disabitkan dengan kesalahan pemerdagangan haiwan liar.