Laman Utama
Rawatan IVF, IUI Tidak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat
Pelaku seni Mizz Nina mengumumkan dia dan suaminya, penyanyi serta komposer Noh Salleh baru memperoleh cahaya mata selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi kemas kini terbaharunya di akaun Instagram.
Menerusi foto hitam putih yang dimuat naik, Mizz Niza dilihat mendukung seorang bayi dengan Noh berdiri disampingnya. Pasangan tersebut memandang kehadapan dengan wajah bayi yang tidak kelihatan.
Mizz Nina kemudian memperkenalkan bayi tersebut sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Musa.
“Alhamdulillah selepas tiga bulan kehadiran Musa, kami bersyukur kerana Allah memberi anugerah yang indah ini,” tulis bekas penyanyi tersebut dalam bahasa Inggeris.
Dia kemudian menceritakan perjalanan bagaimana dirinya telah menjalani banyak rawatan untuk memperoleh zuriat sendiri, namun akhirnya akur dengan rezeki yang Allah kirimkan menerusi pengambilan anak angkat.
“Ini adalah sebuah perjalanan yang panjang dengan saya telah melalui pelbagai proses rawatan dari IVF, IUI dan pembedahan, akhirnya Allah memberi kami ‘hadiah’ yang lebih manis. Dan saya amat bersyukur,” tulisnya.
Menurut Mizz Nina, Noh menjadi suami yang telah meyakinkan dirinya untuk memiliki Musa selepas banyak usaha dilakukan.
Tanpa Noh dan pengalaman perjalanannya membuat banyak misi bantuan, dia mungkin belum terbuka hati untuk melakukan inisiatif (ambil anak angkat) tersebut.
“Noh yang memberi idea untuk saya mengambil anak angkat. Dan ia mengambil masa setahun untuk saya membuka diri dan bersedia.
“Trip misi kemanusian kami juga banyak membantu saya membuka mata dan memberi kesedaran betapa banyaknya anak di luar sana yang tidak memiliki keluarga yang sempurna,” akui Mizz Nina.
Menyifatkan kehadiran Musa sebagai anugerah terindah dari Allah buat merwka, Mizz Nina mengaku ia juga adalah sebuah keberuntungan buat mereka menjadi ibu dan bapa.
Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.
Must-Watch Video