Berita

Raya Gaya PKPB, Ini 5 Cara Paling ‘Onz’ Walaupun Beraya Di Rumah!

gempak
Syafiqah Jalal
20/05/2020
23:07 MYT
Sponsor Banner
Raya Gaya PKPB, Ini 5 Cara Paling ‘Onz’ Walaupun Beraya Di Rumah!
Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza daripada selalunya kerana masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun Syawal tetap disambut oleh semua umat Islam bagi meraikan kejayaan selepas sebulan berpuasa.
Namun, Raya kali ini sedikit terbatas kerana walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk menyambutkan pada Syawal pertama, tetapi kes COVID-19 DI Malaysia masih lagi aktif dan setiap hari teradapat kes baharu.
Jadi, jika tidak mempunyai keperluan untuk keluar kerajaan menasihati agar menyambutnya di rumah sahaja demi menjaga dan mengelak lebih banyak penularan wabah COVID-19.
Pun begitu, Raya di rumah tetap juga ‘onz’ jika anda ikuti 5 gaya raya cara PKPB oleh Gempak ini!
  1. Bergaya dengan baju raya
Sempena Syawal pertama, raikanlah dengan memakai baju baru atau baju Melayu dan kurung serta siapkan diri dengan solekan serta penampilan yang rapi sama seperti sambutan Harin Raya setiap tahun. Apa jua keadaan, cuba gembirakan hati pada hari itu.
  1. Selfie & OOTD di laman sosial
Dah pakai cantik-cantik tu apa lagi? Ambil lah gambar swafoto serta OOTD (outfit of the day) iaitu pakaian anda pada hari itu dan muatkanlah ke media sosial seperti Instagram dan Facebook. Pasti ramai keluarga dan rakan-rakan menantikan kemas kini anda pada hari itu. Gunakan laman sosial untuk hubungkan anda dengan semua rakan yang jauh mahupun dekat.
  1. Makan juadah raya masakan sendiri
Juadah raya jangan dilupa! Walaupun tidak dapat meraikan dengan keluarga, railah Syawal dengan cara anda tersendiri. Ketupat dan rendang jangan dilupa, barulah ‘feel’ raya tu ada! Inilah masanya untuk anda keluarkan bakat memasak anda, sedap atau tidak itu belakang kira, yang penting usaha untuk masak rendang sendiri itu ada. Baru boleh tunjuk dengan mak yang korang boleh masak sendiri!
  1. Virtual Raya dengan panggilan video
Jangan risau, anda tidak keseorangan raya ini kerana anda sendiri boleh lakukan panggilan video bersama keluarga serta rakan-rakan! Terima kasih kepada teknologi kerana ia dapat menghubungkan keluarga yang jauh lebih-lebih lagi ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman berjumpa ibu dan ayah. Bermaaf-maafan serta bertanya khabar mereka seperti anda berada bersama mereka.
  1. Layan rancangan menarik di Astro
Selalunya anda akan sibuk melayan tetamu serta bersama keluarga berkunjung ke rumah sanak saudara tetapi Raya kali ini anda banyak masa untuk melayan rancangan kegemaran anda di Astro. Inilah masanya untuk anda layan semua filem dan drama yang ada di Astro terutama Astro Go. Pasti Raya anda tidak sunyi dan lebih seronok!
Selamat Hari Raya! Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live