LAMAN UTAMA
Ready Guys Jom Ambil Mood! Ini Dia Lagu-Lagu Popular Bintang GV7
Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh bakal membuka tirainya pada Ahad, 11 Oktober ini.
Bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, GV7 kali ini melibatkan 14 bintang.
Bintang yang dimaksudkan adalah Mus, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.
Sementara dua lagi bintang yang melengkapkan 14 bintang GV7 terdiri daripada dua buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.
Sebelum tirai dibuka, apa kata kita menggamit memori dengan mendengar lagu-lagu popular 14 bintang GV7.
Bak kata orang, nak ambil mood sebelum GV7 bermula. Barulah enjoy Ahad nanti kan?
Di sini Gempak kongsikan lagu-lagu popular dan trivia mereka, jom menyanyi sama.
Noraniza Idris – Dikir Puteri
Noraniza Idris atau lebih mesra dengan panggilan kak Ani ini berasal dari Kampung Melayu, Kluang, Johor. Pernah mendapat jolokan Ratu Etnik Malaysia. Pernah memenangi 5 kali Anugerah Juara Lagu dalam kategori Etnik Kreatif.
Mempunyai 13 buah album solo, 12 album kompilasi dan 4 buah album duet. Pernah berlakon dalam filem Sayang Ibu. Mempunyai 2 orang anak lelaki.
Mus - Sinar
Berasal dari Ipoh, Perak. Tahun Aktif : 1982 sehingga kini manakala lagu popularnya adalah Sinar, Gadis Bertudung Putih, Dari Kaca Mata (1989). Merupakan bekas vokalis Kumpulan May (1985 - 1991) & (2002 - 2019).
Pernah juga menjadi vokalis kumpulan Wings dan popular dengan lagu Biru Mata Hitamku. Pernah menjadi cameo (bapa kepada Uqasha) dalam filem Hantu Kak Limah. Penyanyi Terbaik dalam Pertandingan Juara Rock Malaysia 1986 dan juga pemenang Album Hard Rock Terbaik di AIM 2004 & 2005.
Yantzen - Insan
Merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang membina nama di Malaysia. Tahun aktif bermula pada 1978 sehingga kini manakala lagu popularnya adalah Insan dan Meniti Suratan.
Pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade & May. Pernah membintangi sebuah filem pada tahun 1994 berjudul Penyu dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan bersama Sharifah Haslinda.
Ayu Damit - Hanya Di Mercu
Berasal dari Putatan, Sabah. Lagu popularnya berjudul Hanya Di Mercu. Merupakan usahawan cili padi hingga digelar Ayu Cili Padi. Mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Sering menyanyikan semula lagu-lagu balada dan muat naik di sosial media. Tidak aktif di kaca TV tetapi banyak menerima jemputan menyanyi di majlis keraian
Haslinda - Sehati Dan Sejiwa
Popular pada tahun 1998 dan mempunyai tiga buah album dan satu lagu hit. Kalau nak tahu lagu Sehati dan Sejiwa merupakan OST Drama Cinderella lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham pada tahun 2012.
Haslinda kini menetap di Sabah dan kerjaya terkininya adalah sebagai jurusolek artis.
Rozita Izlyn - Berbalam Cinta
Berasal dari Kedah dan aktif dalam bidang seni pada tahun 1990-an. Kini Rozita bekerja sebagai Pegawai di UiTM, Shah Alam.
Mempunyai satu lagu duet bersama Aju Success bertajuk Mengapa Sukar Melafazkan Maaf. Pernah tewas di tangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam kategori Artis Baru Terbaik AIM ke-4.
Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih
Merupakan Naib Juara Akademi Fantasia 2. Pernah berlakon filem Gila Gila Pengantin Popular
Masih single dan tidak pernah berkahwin.
Ashira - Di Ombak Resah
Popular pada awal tahun 2000. Mula menceburi industri seni muzik pada umur 14 tahun.
Merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun. Aktif bernyanyi live band di sekitar Kuala Lumpur dan juga di luar negara (Dubai dan Abu Dhabi)
Nomad - Tetap Menanti Mu
Baru berusia 32 tahun. Bermula sebagai seorang komposer. Pernah membintangi telefilem Salah Susuk Raya di samping Bocey, Kilafairy dan Syatilla Melvin.
Merupakan salah seorang peserta program realiti Keynote yang pernah ditayangkan di Astro.
Kumpulan Eva - Bulan Cinta
Popular dengan genre dangdut. Anak Linda, merupakan bekas vokalis Putra Band.
Anak Izzu, Izzy Zulkhazreef merupakan pelakon filem ‘Sebelum Iblis Menjemput 2’, ‘Redha’, ‘KL, Special Force’ dan ‘M4M4’.
Mimi pula memulakan perniagaan menjual makanan secara online iaitu Mim’s Kitchen manakala Rina pula aktif menjadi pengacara majlis di majlis sekitar Kuala Lumpur disamping menjual jamu dan produk kecantikan.
Istimewa - Indigo
Popular dengan lagu Andai Kau Pergi dan Istimewa. Pernah merakamkan semula lagu Suraya nyanyian asal kumpulan Headwind.
Shah merupakan suami kepada Liza Hanim manakala Bad pula merupakan seorang event manager.
Aju Success - Ku Basuh Luka Dengan Air Mata
Merupakan Rockers sekitar tahun 90-an dan vokalis Kumpulan Success. Mempunyai empat buah album.
Bergelar usahawan pada tahun 2017, pandai memasak, masih aktif menyanyi di majlis keramaian dan menetap di Kelantan.
Cliff Umar - Wanita Seluruh Dunia
Vokalis kumpulan Projek Pistol ini merupakan seorang mualaf dan Cliff juga masih aktif menyanyi live band sekitar Kuala Lumpur.
Lagu Wanita Seluruh Dunia merupakan calon Lagu Rock Terbaik AIM 2010/2011. Pernah berduet dengan Nora Ariffin sewaktu konsert ‘GV3’.
Oja - Dasira
Memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 90-an. Merupakan vokalis kumpulan Tunable Bands bersama dengan 2 bekas ahli kumpulan Spoon, Boy dan Shahnaz.
Merupakan anak saudara kepada Mastura Ali, yang popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang dan juga penyanyi Khairool Idlan, yang popular dengan lagu Aku Yang Kau Panggil Sayang.
Pernah membuat persembahan undangan di konsrt ‘GV1’
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Must-Watch Video