Demam Projek High Council tak reda lagi, bagi korang yang rasa nak jadi sebahagian daripada geng Kapla, apa kata korang singgah di kedai Apom.

Pengeluar barangan cenderamata lokal popular itu baru saja melancarkan merchandise Projek High Council x Apom yang terdiri daripada lanyard, tote bag dan note book.

Harga bermula serendah RM20 hingga RM35 sahaja dan paling best warna hitam siap ada logo sekolah Kapla, Kolej Ungku Deramat (Kudrat).

Ibaratnya kalau korang beli satu set korang dah boleh bergaya macam Kapla tau! Nak padankan dengan apa saja gaya pasti kena. Memang stylo!

A post shared by Apom (@apom.my)

A post shared by Apom (@apom.my)



Bagi yang terlepas, Projek High Council mengisahkan kehidupan Fakhri yang baru mendaftar di sekolah baharu, Kudrat dan bertemu semula dengan abangnya, Naim selepas enam tahun terpisah.

Selain konflik keluarga, drama popular itu turut mengetengahkan gengsterisme dan buli di sebuah sekolah berasrama penuh.

Drama tersebut boleh ditonton semula di Astro On Demand atau Astro Go!