Recap Isnin: Shuk Kahwin Fara Salleh? Ifa Raziah Pakai Emas Tiruan? Emma Dikecam Laga Pipi Dengan Alvin Chong

Syafiqah Jalal
April 18, 2022 14:13 MYT
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.
Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Isnin ini:
#1 Didakwa Sudah Kahwini Fara Salleh, Ini Jawapan Shuk Sahar!
Pelawak Shuk Sahar menafikan khabar angin mendakwa dirinya telah mengahwini wanita yang kerap dikaitkan dalam hubungan rumah tangganya sebelum ini, Fara Salleh.
Jelas Shuk, dia masih perlu menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan keluarga dan hubungannya dengan isteri, Rosa Sera sebelum memikirkan soal lain (seperti berkahwin lain).
#2 “Saya Pakai Bila…”- Dedah Emas Di Badan Bernilai RM200,000, Ifa Raziah Jawab Dakwaan Barang Tiruan
Pelakon dan pengacara, Ifa Raziah mendedahkan barang kemas yang terletak pada tubuhnya bernilai hampir RM200,000.
Kata Ifa, perhiasan emas ditubuhnya itu tidak digayakan selalu dan hanya dipakai ketika ke acara tertentu.
#3 “Mana Batas Cik Puan?” - Netizen Tegur Emma Kongsi Gambar Mesra Laga Pipi Dengan Alvin Chong
Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong berkongsi video yang memperlihatkan kemesraan hubungan persahabatannya dengan dramatis popular, Alvin Chong.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, ada gambar yang menunjukkan Emma berpeluk bahu dengan Alvin sambil melagakan pipi masing-masing.
#4 “Art T*ik Anjing Kau Lah” - Ibu Aliff Syukri Jijik Tengok Penari Dalam Sedutan MV Kelepak Kelepuk Raya
Baru-baru ini, nama pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri kembali menjadi sebutan apabila teaser bagi klip video lagu raya terbaharunya, Kelepak Kelepuk Raya menyorot kritikan netizen.
Menerusi sedutan yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini, kelihatan penari-penari yang mengiringi Aliff menerusi lagu berkenaan menari dalam keadaan yang kurang molek sementara mengenakan ‘baju raya’ yang telah diubah usai.
#5 “Balik Pun Tak Dapat Tengok, I Dekat ‘Dalam’ Nanti” - Netizen Sedih Sajat Tak Dapat Balik Lawat Bapa Sakit!
Beberapa hari lalu, kesihatan bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada dalam keadaan tenat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya.
#Ifa Raziah #Recap #Shuk Sahar #Maembong #Alving Chong, #Emma