Laman Utama

Didakwa Sudah Kahwini Fara Salleh, Ini Jawapan Shuk Sahar!

gempak
Amri Hassan
18/04/2022
02:01 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sudah Kahwini Fara Salleh, Ini Jawapan Shuk Sahar!
Pelawak Shuk Sahar menafikan khabar angin mendakwa dirinya telah mengahwini wanita yang kerap dikaitkan dalam hubungan rumah tangganya sebelum ini, Fara Salleh.
Jelas Shuk, dia masih perlu menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan keluarga dan hubungannya dengan isteri, Rosa Sera sebelum memikirkan soal lain (seperti berkahwin lain).
"Belum... Belum... Saya masih belum berkahwin. Kalau dah kahwin saya jemput. Benda baik...
"Pada saya, kalau nak buat apa-apa berkaitan perhubungan saya akan selesaikan satu-satu dahulu. Sedangkan hubungan saya dengan Sera pun tak tahu lagi ending macam mana.
"Saya tengah aturkan yang terbaik, bukan sahaja untuk kehidupan saya tapi untuk semua. Saya perlu fikirkan semua sudut, keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi.
"Apa saya minta doakan yang baik-baik untuk saya. Sebab saya pun dah penat, apa saya cakap side A akan ada yang cakap saya play victimelah. Saya dan terima banyak kali.
"Bila saya mengaku salah, ada orang cakap pula bangga betul saya buat salah. Saya pun dah tak tahu ayat mana satu betul untuk puaskan hati semua orang.
"Jadi, saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya," katanya kepada Gempak.
Shuk ditemui pada Fiesta Ramadan dan majlis iftar bersama-sama anak-anak yatim di AEON Big Shah Alam pada Ahad.
Ditanya adakah Shuk dan Fara punyai perancangan untuk berumah tangga pada masa terdekat, ini jawabnya.
"Setakat ini perancangan saya ke arah bisnes. Saya nak kembangkan bisnes dan kumpul duit betul-betul. Kalau dah kaya, tengoklah mana tahu jodoh laki boleh kahwin empat!" katanya.
Rumah tangga Shuk dan Rosa Sera kembali bergolak apabila usahawan wanita itu hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu dan tidak lagi berkongsi foto bersama-sama.
Status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya ramai selepas dia memfailkan perceraian terhadap pelawak berkenaan November tahun lalu.
Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
BACA: "Pengorbanan Aku Selama Ini Seorang Diri" - Dituduh Meroyan, Tak Terima Takdir? Isteri Shuk Luah Rasa Hati
BACA: "Saya Minta Maaf" - Isu Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Akhirnya Bersuara! Ramai Tak Faham Struggle & ...
BACA: "Yang Paling Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak" - Isteri Shuk Sahar Ulas Kehadiran Di Mahkamah Syariah
BACA: Isteri Ke Mahkamah Syariah? Shuk Sahar; "Saya Tak Tahu"
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live