Laman Utama

“Art T*ik Anjing Kau Lah” - Ibu Aliff Syukri Jijik Tengok Penari Dalam Sedutan MV Kelepak Kelepuk Raya

gempak
Izwan Isa
18/04/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Art T*ik Anjing Kau Lah” - Ibu Aliff Syukri Jijik Tengok Penari Dalam Sedutan MV Kelepak Kelepuk Raya
Baru-baru ini, nama pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri kembali menjadi sebutan apabila teaser bagi klip video lagu raya terbaharunya, Kelepak Kelepuk Raya menyorot kritikan netizen.
Menerusi sedutan yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini, kelihatan penari-penari yang mengiringi Aliff menerusi lagu berkenaan menari dalam keadaan yang kurang molek sementara mengenakan ‘baju raya’ yang telah diubah usai.
Ada yang menggayakan seluar material PVC, singlet dan songkok dan ada juga yang menyarung jaket serta skirt bulu berona hitam.
BACA: Teaser Lagu Kelepak Kelepuk Raya Aliff Syukri Dihentam Netizen, Penari 'Ngelejat' Tak Senonoh - "Bersongkok Tapi Pakai Singlet"
Hal ini ternyata menimbulkan rasa kurang senang pengikut dan netizen. Tidak hanya itu, ibu kepada Aliff, iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita turut mengkritik klip video anaknya itu.
“Mak sangat marah Kri, ni bukan gurau-gurau kita macam biasa. Menggalakkan anak muda buat benda tak elok. Takut Kri… Wallahi penari begini bukan ada dalam syariat Islam. Pandang malu pada anak-anak Kri, janganlah, mak open, mak benci tengok benda ni serius mak marah Kri.
“Tak bangga langsung, menjijikan. Habis satu, satu datang 2 datang 3… kejut mak sesak dada,” tulis Bonda Rozita.
Menerusi akaunnya sendiri, Bonda Rozita turut menulis tentang ketidakpuasan hati terhadap klip video Aliff. Katanya, dia benar-benar marah kepada anaknya dan meminta anaknya supaya tidak mencarinya pada hari raya.
Aliff kemudian membalas: “Saya tak faham mak… apa salah saya? Pleaselah mak professional sikit… ni semua art,” tulisnya.
Lalu Bonda Rozita membalas: “Art taik anjing kau lah,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live