Viral
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Bermaafan
Menerusi iklan tersebut, Norman dan Marissa dilihat bermaafan dan masing-masing turut mengalirkan air mata, mengingati hal-hal yang pernah berlaku sebelum ini.
Sebelum itu, Norman juga memuat naik beberapa keping gambar di sebalik tabir dia dan Marissa yang turut memperlihatkan dua beranak itu menangis dan berpelukan.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen sejuk hati melihat hubungan antara Norman dan Marissa yang semakin ‘akrab’.
“Walaupun macam tu kes Marissa, tak ada pun saya tengok ahli keluarga yang memulaukan dia.
“Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke jannah insya-Allah. Doakan kami juga,” tulis seorang pengguna media sosial.
Selain itu, banyak kata-kata positif yang dititipkan kepada Norman dan Marissa:
Sebelum ini, Marissa menjadi bualan netizen apabila berkahwin tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Mesra Dengan Keluarga, Netizen Tanya: “Macam Mana Nak Ada Hati Baik Macam Kak Abby Ni?”
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akui Khilaf - “Ini Adalah Jalan Yang Saya & Aslam Pilih…”
Must-Watch Video