Berita
Remaja 13 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa ’Instagram Live’
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri semasa melakukan rakaman Instagram (IG) Live.
Kejadian berlaku di Georgia, Amerika Syarikat apabila Malachi Hemphill, sedang melakukan IG Live di rumahnya sambil memegang sepucuk pistol pada Isnin lalu.
Semasa melakukan IG Live tersebut, Malachi dikatakan sedang cuba memasukkan peluru ke dalam pistol berkenaan tetapi tertembak dirinya secara tidak sengaja.
Ibu kepada Malachi, Shaniqua Stephens, yang berada di ruang tamu ketika kejadian itu berlaku terus berlari ke bilik anaknya setelah terdengar bunyi letupan yang kuat.
Sebaik tiba di bilik anaknya, Malachi dilihat terbaring di atas lantai berlumuran darah.
Kakak kepada Malachi yang turut berada di rumah pada waktu itu telah menjerit kepada ibunya agar mematikan telefon bimbit Malachi dan ketika itulah ibunya menyedari segala perbuatan anaknya itu telah disaksikan oleh rakan-rakannya di IG.
Malachi kemudian dikejarkan ke hospital tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan yang teruk.
Shaniqua yang telah disiasat oleh pihak berkuasa menyatakan bahawa dia tidak pasti bagaimana senjata tersebut boleh berada di tangan anaknya.
Setelah insiden itu belaku, Shaniqua juga menasihati kepada semua ibu bapa supaya memantau setiap aktiviti yang dilakukan anak anda tidak kira di dalam atau luar rumah.
Sumber : Mirror.co.uk
Olahan : Izzat Ridzwan
Must-Watch Video