Laman Utama

Remaja Bakar Tahfiz Bersalah, Ibu Menangis Dengar Keputusan Mahkamah

gempak
Fiza Kamarudin
17/08/2020
10:48 MYT
Sponsor Banner
Remaja Bakar Tahfiz Bersalah, Ibu Menangis Dengar Keputusan Mahkamah
Ibu kepada remaja lelaki yang didakwa bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, hampir tiga tahun lalu menangis selepas mendengar keputusan mahkamah.
Perkara tersebut dikongsi peguam bela tertuduh, Mohd Haijan Omar.
Mahkamah Tinggi sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara terhadap remaja itu yang kini berusia 19 tahun sehingga mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap remaja berkenaan. Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Oleh sebab penama tidak boleh dikenakan menjalani hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 semasa kejadian di bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak.
"Dengan ini saya di bawah kuasa peruntukan yang ada untuk kesemua 23 pertuduhan dan kamu didapati bersalah memerintahkan ditahan dipenjara selama diperkenankan oleh YDPA dan terpulang kepada YDPA untuk menyatakan syarat ke atas tahanan itu dari semasa ke semasa," katanya.Sementara itu, peguam bela tertuduh berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat seperti diperuntukkan undang-undang.
"Kita akan lalui proses yang adil mengikut proses undang-undang Seperti mana diperuntukkan dalam kanun acara jenayah, kita akan failkan dalam tempoh 14 hari," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live