,
Berita

“Reminder Untuk Yang Masih Ada Suami…”- Nora Ariffin

Syafiqah Jalal
14/09/2018
09:19 MYT
Penyanyi Nora Ariffin telah memberi ingatan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan masih mempunyai suami supaya menjaga pasangan mereka sebaik mungkin.
Nora atau nama sebenayra Wan Norafizah Ariffin, 45, memberitahu isteri sering alpa untuk meminta maaf kepada suami.
Bagaimanapun, isteri kepada komposer arwah Johan Nawawi itu berkata dia bersyukur kerana suaminya telah memaafkannya di dalam pelukkan terakhir sebelum pergi buat selamanya.
“Reminder untuk yang masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.
Kita isteri yang sering alpa..... Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat...Terima kasih Allah......Terima kasih sayang,” tulisnya.
Penyanyi lagu Desa Tercinta itu berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Sementara itu, Nora turut berkongsi sedikit tulisan daripada seorang penulis berjudul Syurga Seorang Isteri.

Reminder utk yg masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin. KITA ISTERI YANG SERING ALPA..... Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat...Terima kasih Allah......Terima kasih sayang ... Dari: Fauziah Hashim: Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja. Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa. Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Johan meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
BorakSeeni