Laman Utama

Remix Laungan Azan, Rancangan Tarian Korea Dikecam Teruk - "Azan Bukan Boleh Buat Lagu Atau Hiburan, Ini Penghinaan!"

Amri Hassan
09/09/2021
03:45 MYT
Stesen televisyen Korea Selatan, Mnet dikecam hebat oleh netizen kerana difahamkan telah menggunakan laungan azan yang diremixkan untuk promosi rancangan Street Woman Fighter.
Menerusi tinjauan di Twitter, ramai yang berang dengan tindakan stesen televisyen tersebut dan mendesak untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, tanda pagar #Mnetapologize turut menjadi topik sohor kini di platform berkenaan sejak semalam.
Di Malaysia, tindakan biadab mempersendakan agama Islam itu mendapat perhatian beberapa pihak termasuk penyanyi rap Caprice.
"Mnet dituduh guna suara azan dalam lagu Kpop. Apa yang saya perasan memang ramai artis dan produser Kpop yang terpengaruh dengan agama kita (Islam).
"Dan apabila followers Kpop mula bersuara, pasti trending. #Mnetapologize. Bila kita dengar memang salah guna dan seram tetapi bagi saya, paling seram bila orang Islam dengar azan tapi tak solat," tempelaknya.
Sementara itu, bidas penulis buku dan pakar motivasi, Izzati Elya, perbuatan terbabit dianggap satu penghinaan terhadap agama Islam.
"Mereka remix azan sebagai muzik background dalam promosi video Mnet. Perkara ini sangat biadab kerana mereka menyentuh sensitiviti agama.
"Azan bukan benda boleh buat lagu atau hiburan. Ini satu penghinaan. Jadi ayu kita sama-sama trendingkan #Mnetapologize untuk kita desak pihak terbabit membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh umat Islam," katanya.
Mnet menerusi satu kenyataan telah membuat permohonan maaf dan mengatakan muzik tersebut diambil daripada sedutan lagu artis Britain, Losers berjudul Azan.
Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati dan terus mendesak stesen televisyen berkenaan bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.
Street Woman Fighter merupakan rancangan realiti kru tarian wanita di Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu.
Peserta akan menampilkan persaingan dalam pelbagai genre tarian street dance iaitu hip hop, waacking, locking, krumping dan breakdance.
Antara kumpulan tarian yang pernah dilahirkan daripada program tersebut ialah Produce 101, Kingdom, I-Land dan Girls Planet 999.
Dalam perkembangan terbaharu, pihak Mnet telah membuat permohonan maaf dan video terbabit telah diturunkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.