Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

Mya Amri
20/07/2024 14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.


Terkena renjatan elektrik


Difahamkan dalam kejadian malang pada 13 Julai lalu itu, Ayres dikatakan telah memeluk seorang peminat yang naik ke atas pentas dengan keadaan basah kuyup.

Bagaimanapun, keadaan itu membuatkan Ayres juga basah selepas memeluk peminat itu dan secara tidak langsung telah menyebabkan dirinya terkena renjatan elektrik pada salah satu kabel.

Rangsangan elektrik itu menjadikan Ayres maut serta merta di atas pentas.


Menurut laporan media, pihak berkuasa ketika ini masih lagi menyiasat insiden tersebut dan mencari punca bagaimana peminat itu boleh hadir ke konsert dalam keadaan basah kuyup.

Sehari selepas kejadian, Hotel Solar mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka akan membantu polis dalam siasatan yang dijalankan.

“Kami akan memberikan dedikasi sepenuhnya untuk memberikan sokongan kepada keluarganya dan mengambil langkah-langkah yang perlu dilakukan.

“Kami mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berwibawa bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya mengenai acara itu,” jelas kenyataan rasmi hotel berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Penceramah Mama Ghufron Dakwa Video Call Malaikat Maut, Netizen Tanya: “Malaikat Ada Telefon?”

ARTIKEL BERKAITAN:Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

ARTIKEL BERKAITAN:Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Bertuah Masih Hidup" - Gordon Ramsay Alami Kemalangan Basikal, Menggeletar Tunjuk Kesan Lebam


Untuk info, Ayres meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya 11 bulan lalu iaitu Mariana N.Sasaki.

Sumber: People.com

#Meninggal Dunia #Penyanyi Rock #Maut #Elektrik #Brazil #Pemuzik #Renjatan Elektrik #basah #Ayres Sasaki #Peluk Peminat