Berita

Resipi Nasi Lemak Bunga Telang Rangkul Emas, Julang Nama Chef Malaysia di Ireland!

gempak
Kamaruddin Razal
06/02/2020
11:52 MYT
Sponsor Banner
Resipi Nasi Lemak Bunga Telang Rangkul Emas, Julang Nama Chef Malaysia di Ireland!
Malaysia sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland, lapor Astro Awani.
Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland.
Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu.
Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman sosial Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam.
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura.
“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.
Rata-rata netizen memberikan komen yang positif ke atas kejayaannya di Dublin itu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live