Melihat kepada keterujaan peminat dan 'hype' filem ini, tidak keterlaluan rasanya untuk menggelar Spider-Man: No Way Home sebagai karya paling dinanti-nantikan tahun ini.

Lihat saja trailer atau 'spoiler' yang tersebar di media sosial, setiap hari pasti ada saja teori yang berlegar-legar.

Namun, adakah filem ini mampu mencapai jangkaan peminat yang boleh dikatakan terlalu tinggi itu?

Bak kata orang, jangan terlalu berharap, takut kecewa kemudian hari.

Gempak berkesempatan untuk melihat filem blockbuster tersebut lebih awal dan berikut merupakan ulasan untuk segmen #PopcornTime kali ini.

#1 Chaos! Porak Peranda Hidup Peter Parker

Apabila menonton beberapa filem Marvel sebelum ini, selalunya permulaan cerita akan dimeriahkan dengan aksi hebat.

Mungkin itu percaturan Marvel untuk memberi 'first impression' untuk penonton terus fokus menonton.

Namun, lain pula untuk Spider-Man: No Way Home kerana untuk hampir 15 minit pertama, penonton akan diasak dengan elemen yang penuh dramatik.

Permulaan filem ini merupakan kesinambungan daripada ending Spider-Man: Far From Home yang mana identiti sebenar Peter Parker telah didedahkan.

Disebabkan itu, habis porak peranda hidup Peter termasuk orang yang rapat dengannya.

Pun begitu, kesemua elemen itu disampaikan secukup rasa tanpa membuatkan penonton bosan atau menguap! Nasib baik!

#2 Ramai Betul! Too Much!

Agak melegakan apabila Spider-Man: No Way Home tidak menunggu lama untuk membuatkan ramai 'jaw drop' apabila munculnya beberapa villain yang kita semua lihat pada trailer sebelum ini.

'Hello Peter"

Panggilan keramat itu pasti membuatkan ramai 'goosebumps', terutama buat mereka yang membesar dengan filem-filem Spiderman.

Malah, bukan satu dua villain yang dibawa masuk, terlalu banyak! (Juga seperti yang anda lihat di dalam trailer).

Selain itu, terdapat juga beberapa cameo dan kemunculan 'ahli sihir' baru dalam filem ini. Eh ahli sihir baru? Yup! Kena tonton okay!

#3 Sorcerer Supreme Doctor Strange!

Jika anda fikir kemunculan villain ini saja yang bakal buat anda tergamam, tunggu sehingga munculnya babak Spiderman bersama Dr Strange.

Sekali lagi, seperti yang dilihat di dalam trailer, Spiderman mempunyai banyak 'screen time' bersama Doctor Strange.

Sudah tentunya, gabungan dua superhero ini akan mencetuskan keterujaan berlipat kali ganda.

Tak tahulah berapa kali penulis 'goosebumps', biarpun baru saja memasuki pertengahan filem.

#4 Aksi Paling Padat Dalam Kesemua Francais Spiderman!

Jika melihat senarai villain yang ada dalam filem ini, ditambah pula dengan kehadiran sorcerer supreme, mungkin terlalu banyak untuk dihadam.

Begitu jugalah aksi yang 'dihidangkan' dalam filem ini.

Ibarat anda sedang menikmati jamuan buffet, berselera dengan semua makanan free flow!

Mungkin ideologi yang agak berlebihan tetapi itulah gambaran untuk action sequence dalam filem ini.

Tapi, seperti mana filem superhero lain, pastinya ada tempoh bertenang iaitu... (lihat point seterusnya).

#5 Paling Tak Sangka, Filem Spiderman Paling Emotional

via GIPHY

Seperti dinyatakan di awal artikel ini, permulaan filem sudah banyak memaparkan kekecohan yang menyelubungi kehidupan Peter Parker.

Namun, pergolakan emosi anda tidak akan terhenti di situ, penonton bakal melalui perjalanan yang agak berat dan berliku, bagaikan 'roller coaster'.

Emosi bagaikan dihentak-hentak. Tidaklah sedih kesemuanya, gembira pun boleh menyebabkan kita menahan sebak bukan?

Tonton filem ini dan anda akan faham apa yang cuba dimaksudkan.

Banyak sebenarnya untuk diproses, tapi jangan bimbang, anda tidak akan lost menonton Spider-Man: No Way Home.

Cuma bersiap sediakan segala kemungkinan!

Selain itu mungkin ini hanya pendapat penulis, namun lakonan Tom Holland dalam filem ini sangat impressive!

Kita dapat merasai apa yang sedang dilalui Peter Parker, baik di awal, di tengah mahupun di pengakhiran filem.

Jika ditanya tentang kekurangan, mungkin ada di beberapa bahagian namun jika dinyatakan ia akan menjadi spoiler.

via GIPHY

Maka anda boleh tonton dan share pandangan anda sendiri di posting Facebook artikel ini!

Oh ya, jangan keluar awal, kerana terdapat dua babak ending kredit!

Rating Gempak: 4/5