Sebut saja nama Kate Winslet, pasti ramai sudah terbayang kualiti lakonannya.

Berilah apa saja watak, pasti dapat dibawa dengan cukup cemerlang.

Terbaru Kate Winslet tampil dengan karya baru dan kali ini dia memegang watak sebagai seorang detektif.

Apa yang lebih menarik, drama siri jenayah, Mare of Easttown bakal ditayangkan menerusi On Demand dan Astro Go bermula esok.

Gempak berpeluang untuk menonton dua episod terawal dan Mare of Easttown boleh dikatakan satu drama siri yang patut anda tonton!

Mengapa? Pertama sekali drama ini penuh dengan ‘puzzle’ yang cukup menarik untuk anda kupas dan selesaikan.

Episod pertama siri ini dimulakan dengan pengenalan siapakah Mare lakonan Kate Winslet.

Biarpun seorang detektif, namun dia turut berdepan dengan isu keluarga yang cukup rumit dan kompleks. Penonton akan melihat sisi berbeza seorang anggota polis.

Selain itu, episod pertama juga akan membawa penonton mengenali watak-watak yang mendiami bandar Easttown ini.

Setiap mereka ada kisah dan kehidupannya. Namun adakah mereka terlibat dalam jenayah berkenaan, itu yang harus diberi tumpuan.

Penonton juga akan ‘disaji’ dengan babak dramatik dimana seorang ibu menuntut pihak polis untuk mencari anaknya yang hilang lebih 10 tahun. Yup 10 tahun!

Namun, pergolakan kes jenayah di bandar berkenaan tidak terhenti di situ apabila berlaku satu lagi insiden ngeri membabitkan seorang watak. Cukup mengejutkan!

Secara keseluruhan drama ini bukanlah drama biasa yang anda pernah tonton.

Biarpun genre ‘crime investigative’ ini bukan baru untuk produksi Hollywood, namun Mare of Easttown cukup berbeza.

Secara jujurnya penulis sudah jatuh hati dengan siri ini kerana ia sarat dengan elemen ‘puzzle’ yang meminta penulis turut serta menyelesaikan kes jenayah yang berlaku.

Siapa pembunuh, adakah lelaki baru tersebut ada kaitan dengan kes berkenaan, semuanya sudah berlegar-legar dalam fikiran.

Apapun, jangan lupa tonton siri ini yang akan ditayangkan secara eksklusif jam 10 pagi esok, waktu yang sama dengan Amerika Syarikat!

Drama ini ditayangkan di On Demand dan Astro Go.

Selain Kate Winslet, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Julianne Nicholsan, Jean Smart, Even Peters dan ramai lagi.

BACA: Rating Rotten Tomateos Sampai 94 Peratus? Siri Drama Jenayah, Mare of Easttown Bakal Temui Penonton Tidak Lama Lagi!