Minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menyaksikan Janggo, Zuzuzu dan Teruna berada di kedudukan terendah.

Bagaimanapun nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu ini.

Rezeki juga berpihak kepada kumpulan Heart apabila mereka dinobatkan sebagai penerima Superstar Minggu Ini.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS2, minggu kelima.


MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.

Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.