Hiburan

" Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka ..." - Izreen Azminda Kembali Berlakon

Zulaikha Yusof
28/10/2020
07:20 MYT
Pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia akan kembali berlakon dalam masa terdekat ini.
Menurut Izreen, 35, perasaannya bercampur baur selepas beberapa bulan berehat bagi menumpukan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
"Tak sabarnya nak berlakon balik. Nervous, teruja, sedih semua ada. Tak sangka.
"Aku akan dapat balik kerjaya yang dah lama aku rindukan. Alhamdulillah terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan dan yang sentiasa ada di belakang kami.
"Tak kisahlah orang cuba burukkan kami ka. Ataupun sengaja bagi orang lain yang mengata kami tak berkesudahan ka," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ini mengakui tak menyangka akan menerima tawaran tersebut.
"Kalau kita sabar, berdoa dan tawakal. Insya-Allah ada bahagian kita. Rezeki yang tak disangka-sangka mai macam ayaq. Alhamdulillah tak sabaqnya.
"Apapun kami cuma mengharapkan yang baik-baik saja lepas ni. Dan terima kasih pada semua pengikut kami.
"Ampa semua sangat behave. Terima kasih juga untuk ampa semua yang sentiasa positif dan sokong karier kami. Tak sabar kami nak kembali beraksi," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Izreen menyatakan dia terpaksa melupakan hasratnya untuk terlibat dengan mana-mana drama bersiri yang memerlukan komitmen yang lama.
BACA: "Suami Tak Benarkan Sebab..." -Izreen Akui Terpaksa Tolak Banyak Tawaran Berlakon Gara-Gara...
Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun dua bulan.
Bagaimanapun, perkahwinan tersebut menimbulkan kontroversi berikutan Ude ketika itu berstatus suami orang.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Izreen dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

gempak
23/06/2024
11:00 MYT
Pelakon, Hafidz Roshdi memanjatkan rasa syukur kerana dapat berlakon kembali selepas lebih setahun tiada tawaran.
Viral

Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario

gempak
19/04/2024
03:55 MYT
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Terkini

Intan Saleh Bersyukur Ude Tarik Balik Saman - “Namun, Plaintif Pertama Masih Meneruskan Kes”

gempak
11/03/2024
06:25 MYT
Selebriti media sosial Intan Salleh memaklumkan yang dia hadir ke satu sesi mediasi bersama peguamnya, Majmud Jumaat.