Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rina Nose Dedah Hasrat Mahu Buat Pembedahan Kosmetik – “Saya Mahu Buat Tapi..”

Umirah Halim
12/07/2024 21:55 MYT
Pembedahan kosmetik bagi mencantikkan wajah semakin popular dalam kalangan selebriti.

Sebelum ini juga, berita mengenai penyanyi Indonesia, Mahalini yang menjalani pembedahan hidung bagi tujuan kesihatan mendapat perhatian ramai.

Rina mahu buat pembedahan kosmetik

Terbaharu, selebriti versatil asal Indonesia, Rina Nose turut mendedahkan bahawa dia juga berhasrat mahu menjalankan pembedahan kosmetik.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak lagi dilakukan atas alasan tiada masa dan sibuk bekerja.

“Saya mahu buat, tegangkan pipi sana sini tapi itulah saya tiada waktu,” kongsinya ringkas.

Sementara itu, disoal mengenai pendapat dan reaksi yang bakal diterima dari netizen sekiranya dia menjalankan pembedahan kosmetik, Rina Nose bagaimanapun menganggap itu adalah hak masing-masing.

BERITA TRENDING:Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’, 4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

BERITA TRENDING:Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

BERITA TRENDING: Rina Nose Mengaku Pernah Down, Jadikan Kutukan Netizen Sebagai Konten

BERITA TRENDING:Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

“Kalau ada orang nak buat, mereka boleh buat dan cakap apa sahaja itu hak masing-masing,” katanya lagi.
#pembedahan #Kosmetik #Rina #Buat #Mahu #nose