,
Berita

Ringgit Terus Catat Kenaikan Selama 11 Hari Berturut-Turut Berbanding Dolar AS

Awani
05/08/2024
14:55 MYT
Ringgit terus mendapat sokongan yang baik dan mengekalkan momentum meningkatnya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.

Peningkatan ringgit

Dilaporkan bahawa kadar pengangguran AS melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun sebanyak 4.3 peratus pada Julai berbanding 4.1 peratus pada Jun.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata susulan data pekerjaan AS yang lemah, hasil bon AS merosot dengan ketara berikutan pelabur mencari jaminan dalam pendapatan tetap.
Sehubungan itu, hasil perbendaharaan untuk tempoh dua tahun mencatatkan penurunan yang ketara, daripada 4.39 peratus kepada 3.91 peratus pada masa ini, merupakan paras terendah sejak Mac 2023 dan menyebabkan indeks dolar (DXY) turun lebih satu peratus dalam satu hari.
"Selain itu, pendekatan yang cenderung untuk melonggarkan dasar monetari daripada Bank of England dan Rizab Persekutuan pada minggu lepas dijangka mengekalkan permintaan yang meningkat terhadap ringgit," katanya kepada Bernama.

Percaya pada sokongan

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya ringgit berbanding dolar AS dijangka bergerak ke arah paras sokongan semasa pada RM4.40.

BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

BERITA TRENDING: Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

Oleh itu, beliau menjangka ringgit berbanding dolar AS akan berada antara RM4.47 dan RM4.48 hari ini.

"Pasaran bon AS berada dalam sentimen positif, menunjukkan pemain menjangka penurunan mendadak untuk Kadar Dana Fed," katanya.

Perbandingan mata wang

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.7447/7550 daripada 5.7264/7328 pada Jumaat lepas, susut berbanding euro kepada 4.9019/9106 daripada 4.8635/8689 sebelum ini dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.0848/0913 daripada 3.0177/0214 minggu lepas.

BERITA TRENDING: Alat Mainan S*ks Dijual Secara Terbuka

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

Berbanding mata wang ASEAN, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/277.9 daripada 277.4/277.8 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 7.73/7.57.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3889/3952 daripada 3.3750/3793 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.7158/7503 daripada 12.7093/7284 sebelum ini.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Sukan

Ranking Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga

gempak
06/08/2024
06:55 MYT
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia.
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Terkini

PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

gempak
30/05/2024
04:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan asing ke Malaysia, susulan pengumuman gergasi teknologi Google di Malaysia sebanyak AS$2 bilion (RM9.41bilion) baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Terkejut Lihat Penampilan Go Kyung Pyo, Berat Badan Lebih 90 Kilogram

gempak
23/03/2024
06:45 MYT
Aktor Go Kyung Pyo mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terkini yang disifatkan ‘terlebih sihat’.