Hiburan
Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair
Pelakon Rita Nadira menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan artis, Aniq Suhair, susulan dakwaan dikatakan dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Rita, 27, menjelaskan, memang dia dan Aniq pernah keluar bersama, namun, dia sekadar menemani aktor tersebut untuk membeli barangan penjagaan kulit, bukan bertemu untuk janji temu istimewa (dating).
“Memang saya ada keluar dengan Aniq, tetapi kami bukan keluar dating. Kalau mahu cerita hal sebenar agak kelakar sedikit.
“Waktu itu muka dia tengah ‘breakout’, kemudian dia mengadu dekat saya tentang masalah itu. Dia cakap mahu cari ‘skincare’ yang boleh pulihkan masalah kulit dia.
“Saya pun cadangkan dia beberapa jenama yang okay. Lagi pula kami tinggal berdekatan. Kawasan rumah kami tidak jauh.
“Selepas cari produk kami ada lah pergi makan sekejap, itu sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.
Rita berkata demikian pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.
Berita Trending: Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."
Dalam pada itu, Rita turut itu berkata team produksi sebuah drama yang menyaksikan mereka bergandingan turut sedia maklum mengenai hal tersebut.“Tidak silap saya, Aniq ada beritahu dalam group Whatsapp drama yang kami berlakon sama yang kami keluar cari barang. Tiada maknanya kami keluar berdating,” katanya lagi.
Menerusi drama bersiri Pewaris Cinta, Rita memegang watak sebagai Dylea.
Diterbitkan oleh Zeel Production, naskhah ini mendapat sentuhan Emi Sufian selaku pengarah.
Must-Watch Video