Laman Utama

Rita Rudaini Akui Memilih...

gempak
Asraf Aided
29/01/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
Rita Rudaini Akui Memilih...
Aktres jelita, Rita Rudaini akui memilih watak dalam lakonannya.
Menurut Rita, dia juga bukanlah seorang pelakon yang terlalu mengikut skrip sepenuhnya.
"Saya memang memilih dan cerewet dalam menerima sesuatu watak, apabila dapat skrip saya akan baca dan teliti betul-betul.
"Saya bukanlah jenis pelakon yang ikut skrip sepenuhnya, saya akan tanya pihak produksi kenapa saya perlu buat atau cakap sesuatu perkara itu untuk mengetahui sebabnya," katanya kepada Gempak.
Rita kini tampil dalam filem arahan Kabir Bhatia berjudul Kerana Korona yang sudah mula menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 21 Januari lalu.
Kerana Korona juga menyaksikan pertemuan semula Rita dan Rashidi Ishak dalam filem selepas kali terakhir bekerjasama dalam Cinta pada tahun 2006.
Bercakap mengenai kerjasama itu, Rita mengatakan keserasian berlakon bersama Rashidi tidak pernah berubah.
"Saya memang seronok bekerjasama dengan Rashidi, kami ngam berlakon bersama sejak filem Cinta 15 tahun lalu.
"Rashidi memang 'memberi' dalam lakonan, apa yang boleh saya katakan, keserasian kami tidak pernah hilang," katanya lagi.
Kerana Korona mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian, ia membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.
Selain Rita dan Rashidi, Kerana Korona turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024