Episod 4 program Mawi Jawi yang bakal ditayangkan pada malam esok menyaksikan pelawak terkenal Saiful Apek, Bell Ngasri dan Man Raja Lawak sebagai menjadi peserta.

Untuk episod kali ini, Saiful, Bell dan Man bermain dua permainan iaitu Mencari Perkataan Tersembungi di mana peserta dikehendaki mencari perkataan tersembungi di dalam Jawi

Menerusi permainan kedua iaitu Cuba Tulis Jawi,

peserta dikehendaki menulis ayat yang diberikan di dalam Rumi kepada Jawi.

Program terbitan MWE Sdn Bhd ini merupakan sebuah program berkonsepkan game show yang melibatkan barisan selebriti, influencers serta para asatizah dalam permainan-permainan yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium.

Mawi Jawi dihoskan oleh juara Akademi Fantasi musim ketiga, Mawi bersama penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir.

BACA: Mawi Jawi, Belajar Tulisan Jawi Sambil Berhibur Bersama Mawi

Keunikan program ini dalam memartabatkan tulisan jawi bersama-sama selebriti dan personaliti terkenal merupakan sebuah konsep baharu yang dapat menggalakkan lebih ramai penonton untuk mendalami jawi dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Mawi Jawi akan menampilkan tiga tetamu jemputan setiap minggu yang diwakili oleh selebriti dan personaliti terkenal mengikut persamaan karier masing-masing sebagai peserta.

Lebih menarik, program ini membawa episod istimewa Geng Romantis di mana Mawi ditemani oleh isterinya, Ekin sebagai pengacara program dengan menampilkan para peserta berpasangan suami isteri.

Pada akhir program, para peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan memenangi percutian percuma untuk menunaikan umrah.

Saksikan Mawi Jawi setiap Khamis, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106) serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.