Pelakon Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal tidak menyangka impian mereka untuk mempunyai ibu pejabat atau wisma baharu syarikat Wawa Cosmetic akhirnya tercapai.

Paling mengagumkan, wisma Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi itu dianggarkan bernilai RM5.2 juta.

Tambah manis, Aeril sendiri mengakui ibu pejabat itu merupakah ‘hadiah’ istimewa buat Wawa.

“Bangunan ini sendiri berharga RM3.2 juta kos renovation pula RM2 juta. Kos keseluruhan bernilai RM5.2 juta.

“Jadi RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa,” ujar Aeril secara berseloroh.

Sementara itu, menurut Wawa, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

“Tak sangka akhirnya kami berjaya dapatkan HQ ini walaupun banyak dugaan dan rintangan dulu.

“Masa mula-mula berniaga, orang ketawa, hina, anggap kami akan bercerai berai.

“Awal-awal dulu kan, masa kami nak kahwin ada orang cakap kami akan hidup sususah.

“Akhirnya kami buktikan boleh berjaya. Kata-kata itu buat Wawa dan Aeril kuat.

“Wawa sangat berjaya dengan kejayaan ini dan tak percaya. Now pun sudah ada yayasan dan boleh buat Masjid pula lepas ni,” katanya.

Wawa dan Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Wawa Fantasy Dream dan perasmian ibu pejabat baharu, semalam.

Difahamkan, sebanyak 80,000 unit produk akan dikeluarkan dengan membabitkan 50,000 unit untuk ‘batch’ pertama.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)