,
Laman Utama

Road To Halal... Miller Khan Rancang Kahwin Tahun Ini - "Kalau Tiada Aral Melintang, Insya-Allah"

Zulaikha Yusof
13/03/2021
01:30 MYT
Aktor Miller Khan, 34, menyatakan dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Farina Rebecca, 30, yang merupakan seorang pereka fesyen pada tahun ini.
Menurut Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaimi Ali Dad Khan berkata hubungan percintaan mereka terjalin sejak lapan bulan lalu.
"Segala galanya dipermudahkan untuk saya dan dia.
"Kalau tiada aral melintang, insya-Allah saya juga akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini," katanya.
Tambah anak kelahiran Malaysia yang menempa nama di negara seberang itu, keperibadian yang ada pada diri Farina yang membuatkan dia jatuh hati.
Katanya, Farina mempunyai hati yang baik serta seorang yang penyayang.
"Hati dia tulus dan cantik seadanya. Dia juga pandai mengambil hati saya.
"Paling utama dia menyayangi saya," katanya lagi.
Sebelum ini, abang kepada aktor Isa Khan ini berkongsi momen bahagia melamar kekasih hatinya dengan menaiki sebuah helikopter sekitar paras ketinggian 1000 kaki di Instagram (IG), kelmarin.
Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.
BACA: Melamar Dalam Helikopter, Miller Khan & Kekasih Selamat Bertunang - "She Said Yes"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.